“Khamis Saya Dibuang Kerja, Jumaat Kak Lin Bagi Makan – Makan Pada Staf” – Tyzo

 


Isu membabitkan penamatan kontrak Tyzo bersama Suria FM kembali menghangat selepas pihak pengurusan syarikat penyiaran radio itu melakukan sidang media khas semalam. Bertempat di lokasi yang berbeza, penyampai radio berkenaan dilihat gagal mengawal sebak sewaktu ditemubual oleh pihak wartawan mengenai kisah di sebalik konflik terbabit.

Cara Tyzo diberhentikan amat tidak profesional

Jelas Tyzo, dia begitu kecewa kerana penyingkirannya daripada stesen radio berkenaan terlihat sangat tidak profesional lantas meletakkan kesalahan kepada 2 individu utama iaitu DJ Lin selaku Pengurus Besar Suria FM serta Jay Jay yang merupakan Pengurusan Program. Katanya, mereka berdua adalah pihak yang bertanggungjawab sebagai penasihat dan pembuat keputusan.

Khamis saya dibuang kerja, Jumaat dia (DJ Lin) bagi makan-makan pada staf…Anak dia masak

Selain pemadaman lagu, Tyzo juga mendedahkan nombornya telah dikeluarkan daripada grup WhatsApp kerja di saat dirinya belum sempat keluar dari pejabat Suria FM. Lebih mengejutkan, dia mendapat tahu bahawa DJ Lin ada membuat ‘acara’ makan-makan bersama staf lain sehari selepas tamat berkhidmat untuk Suria FM. Justeru di sini, dia mempersoalkan adakah mereka suka dengan pemberhentiannya dari stesen radio berkenaan?

Adakah anda suka dengan pemergian saya? Hari Isnin pun masak lagi. Dia sebagai General Manager patutnya fikir perasaan kita yang bertungkus-lumus untuk mendapatkan rezeki? Tapi kau masak-masak, malam kau berjoget live TikTok. Seronok eh saya tak kerja? Seronok eh buang kerja saya? Saya dalam keadaan stress, anak saya sekolah”

Saya dah beritahu diaorang saya taknak farewell

Berkenaan ayat “Terima kasih atas penganiayaan” yang viral sebelum ini, Tyzo berkata dirinya memang tiada niat untuk melemparkan kata-kata sebegitu. Namun ia berlaku secara spontan dan tidak terduga. Selain itu, Tyzo aku dia sendiri yang menolak untuk diraikan dalam sebarang majlis perpisahan lantaran terlalu sedih dengan cara penamatan kontraknya.

@malaysiatribune #djlin #suriafm #fypシ #tyzo #tuahzulkarnain #malaysiatribune ♬ original sound - malaysia tribune

KREDIT : TikTok Malaysia Tribune & Portal BH Online

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post