” Lawa betul, tak puas tengok anak dara Abby dan Norman ni.. ” – Netizen

 


Meninjau akaun Tiktok seorang juru mekap bernama Nadia Nordin, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Nadia sedang menyiapkan salah seorang anak perempuan kepada pelakon popular, Abby Abadi dan Norman Hakim iaitu Marissa Dania Hakim.

Marissa terlibat dalam satu majlis dan menjadi model untuk memperagakan busana. Kecantikan wajah Marissa ini menarik perhatian ramai warganet. Seindah namanya, Marissa memiliki kejelitaan dan wajah yang manis persis seperti Abby.

Hidung yang mancung dan terletak, diserikan lagi dengan sepasang mata yang cantik membuatkan sesiapa sahaja akan melihat anak dara Abby ini berkali-kali. Marissa sememangnya ada kecantikan semulajadi dan tanpa solekan pun sudah kelihatan cantik.

Walaupun masih muda, Marissa memang banyak menerima tawaran sebagai model dan duta produk. Di media sosial juga, Marissa aktif dalam membuat product review. Untuk kali ini, hasil tangan Nadia ini sesuai dengan wajah Marissa dan kelihatan sangat glowing.

Jom tonton video di bawah :

@makeupbynadianordin2 Makeup photoshoot Marissa look as requested❤️😘#fypmakeup #makeupartistmalaysia #fypdongggggggggg #muamalaysia #makeupbynadianordin ♬ original sound - Makeupbynadianordin

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 4000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :

” Dia cantik tapi saya rasa dia malu-malu. Masa run away tu, dia nak senyum takut-takut. Tapi sumpah dia lawa g1la.. ”

” Cantiknya Marissa ni.. Memang dah ori lawa, makeup berganda lagi lawanya.. Like mother like daughter.. ”

” Wow cantik sangat Marissa, mamanya cantik anaknya pun cantik. Hidung dia perfect betul.. macam hidung abby.. ”

” Ibu lawa, anak handsome, anaknya cun.. Muka Norman ni, yang adik dia seorang lagi tu muka Abby.. ”

” Dasyat betul cantiknya.. Love teruks, in love betullah.. Budak ni tak makeup pun dah cantik.. muka lembut.. ”

” Macam pengantin makeup, cantiknya.. skin memang lawa marissa ni. lawa betul tak puas tengok anak dara abby norman ni.. ”

” Luar biasa cantiknya, lawa dooh Marissa ni.. Dah cantik, tak makeup tebal pun lawa. macam abby zaman muda dulu.. ”

Memang lawa sungguh Marissa ini, macam muka Abby waktu muda dahulu. Sesuai sangat Marissa menjadi model. Mak dan ayah cantik dan handsome, ‘tempias’ pun kena pada anak mereka. Apa-apa pun, semoga Marissa terus berjaya dan dimurahkan rezeki selalu.

Sumber : Tiktok Makeupbynadianordin2, ig marissa, ig abby abadi

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post