” Masalahnya Putera Mateen blushing, pastu tetiba aku blushing sekali.. ” – Netizen

 


Sekali pun majlis perkahwinan Duli Yang Teramat Mulia Pengiran Abdul Mateen dan Yang Mulia Dayang Anisha Rosnah Binti Adam sudah pun selesai, namun majlis mereka ini masih menjadi perbualan wargamaya. Satu demi satu video gelagat pengantin diraja ini sepanjang majlis istiadat viral di media sosial.

Meninjau akaun Tiktok sweet_tea2024, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat Putera Mateen dan Dayang Anisha ketika majlis santapan diraja berlangsung. Menerusi video ini, Dayang Anisha kelihatan sedang membetulkan tali leher Putera Mateen.

Reaksi Putera Mateen yang memandang ke arah Dayang Anisha tanpa berkelip mata ini meraih perhatian ramai. Komen warganet, cara Putera Mateen melihat wajah Dayang Anisha itu penuh dengan rasa cinta. Putera Mateen juga tidak lupa mengucapkan terima kasih kepada isterinya ini.

Ekspresi wajah Putera Mateen yang pada mulanya tersenyum lebar dan kemudian sedikit malu-malu membuatkan warganet terhibur. Bukan selalu dapat melihat wajah putera tampan keg1laan ramai gadis ini sebegini. Putera Mateen yang sedang diulik rasa bahagia.

Jom tonton video di bawah :

( Sila tunggu seketika sekiranya video lambat keluar ) 

@sweet_tea2024 เขินแหละดูออก #prncemateenbrunei #fay #fypシ #ฟีดดดシ @ทุกอย่างคือสตอรี่ 🍒 @ทุกอย่างคือสตอรี่ 🍒 ♬ Peace Be Upon You - Maher Zain

Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 200 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet :

” Baruuuulah dapat tengok prince mateen ni senyum lah ek.. he only smile for her.. Tgk mata Prince Mateen pndang wife dia.. ”

” Masalahnya Prince Mateen blushing pastu tetiba aku blushing sekali.. auww the way prince mateen look at dayang anisha.. ”

” The way he looks at her it is just precious.. comel je Putera Mateen ucap thank you tu.. alahai berkali-kali cair ni.. ”

” He’s not just happy, he’s in love.. he looks at her with so much love. they definitely make a cute couple.. ”

” Different from other royal wedding, youu can see how sincere n happy they area.. lovestruck eh prince mateen.. ”

” He really love his princess… See how he looks his wife, priceless. it’s just a small thing but he appreciate it.. so sweet .. ”

” The way he look Anisa really melts, true love. sweet couple… memang vibe hero dalam Wattpad la.. ”

” Manis jugak dia ni senyum, selalu muka serius aje.. cara dia pandangan Anisha tu, full of love.. ”

Pandangan wajah isteri penuh rasa kasih, sayang dan cinta ni, alahai sweet sangat Putera Mateen ini. Biasanya yang berwajah serius ini romantis orangnya. Semoga Putera Mateen dan Dayang Anisha berbahagia selalu dan sentiasa dalam rahmat Allah.

 

Silakan SHARE..

Sumber : Tiktok sweet_tea2024

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post