” Masya Allah Bilal, sedap bunyi qalqolah tu.. ” – Netizen

 


Semenjak lahir lagi, anak sulung selebriti terkenal Neelofa iaitu Muhammad Bilal menjadi perhatian ramai. Bilal yang berkulit putih gebu dan chubby ini memiliki rupa paras yang comel. Bilal juga anak yang mudah dijaga dan mula menunjukkan kepandaian walaupun baru berusia setahun lebih.

Meninjau akaun Tiktok Naqiah Azizan dan Instagram bysaradinna, telah dikongsikan beberapa buah video yang memperdengarkan suara Neelofa dan Bilal. Menerusi video pertama, suara Neelofa membaca surah Al-Ars dapat didengar dan yang menariknya, Bilal mampu menyambung bacaan hujung uminya ini.

Setiap ayat yang Neelofa sebutkan, Bilal tahu sambungannya. Sebutan Bilal juga kedengaran agak jelas dan ada dengungnya. Tidak hanya surat Al-Ars, ayat Kursi juga Bilal tahu. Masya Allah, ini semua berkat ajaran Neelofa dan Haris Ismail yang selalu membacakan surah-surah ringkas di hadapan Bilal.

Tidak itu sahaja, Bilal juga mengingati bacaan doa perlindungan Ain. Walau pun hanya hujung sahaja yang disambung oleh Bilal, ianya cukup membanggakan untuk anak sekecil Bilal ini. Kecil-keil lagi sudah bijak Al-QuraSejuk n, sendengar suara comel Bilal itu.

Jom tonton video di bawah :

@naqiazizan MasyaAllah Bil anak bertuah anak soleh🤲🏻🥰 #bilal #neelofa ♬ original sound - Naqiah Azizan

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 

A post shared by Noor Sara Dinna (@bysaradinna)

Perkongsian ini telah pun meraih perhatian daripada warganet dan ramai yang suka mendengar bacaan Bilal dan Neelofa itu. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet :

” Terbaik neelofa.. ramai ajar anak dari kecik bi dari mengaji atau bahasa arab.. Bacaan Neelofa pun bagus.. ”

” Mashallah bilalllll dh la aunty peminat ummi awak now awakkk pla.. Anak soleh comel sumber inspirasi.. ”

” Comel suara Bilal, siap qalqalah lagi. alhamdulillah terang hati dia.. boleh bayangkan comel bibir bilal menyambung hujung2 ayat tu.. ”

” Masya Allah Bilal, sedap bunyi qalqolah tu.. MashAllah SubhanAllah .. bilal anak cerdik dan soleh.. ”

” Comelnya bilal sambung yang hujung-hujung. b’ulang kali saya dengar comel sak dengar suara Bilal dan Lofa.. ”

” Comell la.. betul la lofa cakap bilal suka sambung ayat belakang kalau dia bca al quran.. pandaii sangat.. ”

” Rasa sedapnya Bilal ngaji.. boleh pulak ulang2 dok dengar. sedap bunyi qolqolah bilal tu.. cerdik lah Bilal ni.. ”

Sejuk perut umi mengandungkan Bilal tau. Suara dan bacaan yang membuatkan ramai menonton video ini berkali-kali. Semoga Bilal terus menjadi anak yang soleh dan selalu menjadi kebanggaan abah dan umi. Harap lebih banyak lagi perkongsian mengenai Bilal lagi lepas ini.

Sumber : Tiktok naqiahazizan, IG Bysaradinna, IG Neelofa

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post