Pelanggan Luah Kesal Kereta Baru Dibeli 8 Jam Rosak Gara2 Gula Dalam Enjin



Baru beberapa jam membeli kereta baru, seorang pelanggan bernama Nagakanni Subraniam meluahkan rasa terkilan apabila kenderaan tersebut mengalami kerosakan sehingga menjejaskan penggunaan harian. Kongsinya di laman Facebook, kereta Bezza terbabit sudah rosak selama 2 bulan namun pihak pengeluar masih belum bertanggungjawab sepenuhnya.

Saya tak bawa makanan dalam tempoh 8 jam, apalagi nak usik enjin

Jelas Nagakanni, dia membeli kereta berkenaan pada 17 Oktober lalu dan tiba-tiba ia rosak selepas 8 jam diambil dari kedai. Hasil pemeriksaan di bengkel mendapati enjin kereta Bezza itu rosak akibat kewujudan sisa gula walhal dia langsung tidak membawa sebarang sumber makanan sepanjang masa tersebut. Pihak pengeluar kemudian berkata mereka sendiri tidak menggunakan gula dalam proses pembuatan kereta.

Pihak Nagakanni sudah buat laporan polis pada 18 & 19 Oktober tahun lalu

Pihak syarikat dilihat seperti bermain ‘tarik tali’ dan tidak memberikan jawapan jelas kepada Nagakanni. Justeru dia sudah memfailkan laporan polis untuk rujukan lanjut pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

Customer service kata sedang selidik kesilapan dalaman

Aduan yang dibuat seakan-akan mencurah air ke daun keladi. Pihak Nagakanni malah diminta untuk membuat pinjaman lain sebagai syarat mendapatkan kereta baru. Dalam masa sama, komitmen pinjaman bulanan berjumlah RM537 bagi kereta yang rosak tadi masih perlu dibayar seperti biasa mengikut perjanjian sedia ada.

KREDIT : FB Nagakanni Subramaniam

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post