Punyai Kehidupan Bahagia, Wanita Terkilan Jumpa Mesej Umpatan Ibu Kandung & Adik

 


Sama ada sedar ataupun tidak, di sekeliling kita memang wujud manusia-manusia yang tidak suka melihat kelebihan dan rezeki orang lain. Namun jika pihak yang iri hati itu datangnya daripada keluarga kandung sendiri, siapalah yang tidak merasa terkilan. Ya, demikianlah kisah sedih yang sempat dikongsikan oleh seorang wanita ini.

Terjumpa mesej ibu & adik kandung mengumpat sesama sendiri

Menurut perkongsian Mima yang sudah meraih 3.8 juta tontonan di TikTok, dia mendedahkan tentang penemuan mesej umpatan yang berlaku antara ibu serta adik kandungnya sendiri. Mempunyai kehidupan yang cukup bahagia, siapa sangka nikmat tersebut malah mendatangkan rasa kurang senang terhadap keluarganya.

Nikah baru setahun jagung…Biarkan jela…Jangan lupa end chat ini

Dalam paparan mesej tersebut, adiknya menyampai-nyampaikan cerita bahawa Mima kerap memuat naik status yang memuji kebaikan suami dan keluarga mentua termasuklah diizinkan bangun lewat. Si ibu tidak mengetahui hal itu memandangkan Mima menetapkan mood private setiap kali status dikongsikan. Bukannya membela, sebaliknya si ibu malah sambung menyindir perkahwinan Mima yang disifatkan baru setahun jagung.

Maaf, aku lebih memilih untuk menjauh demi emosi yang sihat

Tidak cukup perihal memuji keluarga mentua, bahkan kemampuan Mima untuk berbelanja dengan duit hasil titik peluh sendiri turut dijadikan bahan umpatan mereka berdua. Penampilan wanita itu bersama suami juga menjadi topik ‘gosip’ dan hal ini cukup meruntun perasaan Mima. Demi ketenangan emosi dan jiwa, dia akhirnya memilih untuk jauhkan diri daripada keluarga sendiri sebelum menyekat nombor mereka.

KREDIT : TikTok Ini Mimaa

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post