” Rakan sepermainan jadi suami isteri yang sah dah.. ” – IG Inaijari01

 


Perkahwinan Diraja Brunei iaitu Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen Bolkiah menjadi perhatian umum. Pada hari Khamis lalu, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen Bolkiah sah bergelar suami kepada pasangan pilihan hatinya, Yang Mulia Dayang Anisha Rosnah Adam. Majlis akad nikah pasangan ini diadakan penuh adat istiada di masjid berkubah emas di ibu kota Bandar Seri Begawan, Brunei.

Untuk rekod, Pengiran Muda Mateen adalaah putera ke-10 Sultan Hassanal Bolkiah, raja paling lama memerintah dan pernah menjadi orang terkaya di dunia. Sementara itu, difahamkan pengantin perempuan pula merupakan cucu kepada salah seorang penasihat utama Sultan Brunei.

Menerut sumber Kosmo Digital, semalam, Majlis Istiadat Bersanding Pengantin Diraja Brunei turut dimeriahkan dengan kehadiran pemimpin besar dari seluruh dunia. Menerusi siaran langsung di Radio Televisyen Brunei, majlis yang diadakan di Istana Nurul Iman dihadiri lebih 5,000 tetamu.

Meninjau di akaun Instagram milik Inaijari01 telah dikongsikan gambar yang memaparkan Pengiran Muda Mateen Dan Yang Mulia Dayang Anisha Rosnah Adam bersama ketika kecil. Kelihatan pasangan ini sedang duduk bersebelah serta Dayang Anisha Rosnah sedang menghisap botol susu.

Ikuti perkongsian gambar di bawah ini :

 

Manakala kapsyen pada posting pula mengatakan yang pasangan Diraja ini teman sepermainan ketika kecil dan apabila dewasa mereka bergelar pasangan suami isteri. Sehingga kini gambar itu menerima ratusan tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.

Bagaikan pinang dibelah dua, sama cantik dan sama padan pasangan Diraja ini. Gambar dan video yang dikongsikan ketika majlis perkahwinan Pengiran Muda Mateen Dan Yang Mulia Dayang Anisha Rosnah Adam meraih perhatian ramai, bukan sahaja di kalangan rakyat Brunei tetapi juga rakyat di negara jiran dan seluruh dunia.

Silakan SHARE..

Sumber : IG inaijari01, Kosmo Digital

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post