Ryan Bakery sudah bergelar bapa, menangis anak masuk NICU sebab lahir tak cukup bulan

 


ISTERI personaliti media sosial Ryan Bakery selamat melahirkan cahaya mata pertama mereka pada 30 Disember lalu di sebuah pusat perubatan swasta di Shah Alam.

Ryan memberitahu bayi lelaki yang diberi nama Ryan Ezra itu dilahirkan secara pembedahan dengan berat 2.9 kilogram pada pukul 11.30 pagi.

“Alhamdulillah isteri saya selamat bersalin pada 30 Disember lalu dengan selamat,” katanya ketika dihubungi mStar.

Ryan berterima kasih kepada isterinya setelah selamat melahirkan anak pertama.

Dalam pada itu, Ryan memberitahu Ezra ditempatkan di Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) hospital berkenaan susulan dilahirkan lebih awal iaitu ketika kandungan mencecah 36 minggu.

Doktor ingin memantau perkembangan bayinya susulan turut mengalami demam kuning, pernafasan laju selain terdapat air di dalam paru-paru.

 

“Saya sangat risau sebab awal-awal dia dimasukkan ke NICU sebab lahir awal. Tambahan ada demam kuning, pernafasan laju dan juga paru-paru ada air sebab lahir secara pembedahan.

“Tapi Alhamdulillah selepas tiga hari Ezra menunjukkan perkembangan yang baik dan sudah dipindahkan ke wad biasa sebelum dibenarkan pulang esok (Khamis),” jelasnya.

Sementara itu, Ryan turut mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang mendoakan keselamatan isterinya iaitu Elyia Ibrahim.

“Saya selalu dapat mesej mendoakan isteri saya. Saya memang sangat terharu. Bila saya baca, mengalir air mata.

Ryan sebelum ini enghadiahkan beg tangan mewah kepada isteri sebagai penghargaan.

“Rupanya ramai ambil tahu tentang keadaan saya dan isteri. Terima kasih semua,” katanya.

Untuk rekod, Ryan atau Muhammad Ryan Fahmy Bakery, 29 dan Elyia mendirikan rumah tangga pada 1 Oktober 2022.

Sumber:mstar

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post