"Saya tak boleh bayangkan. Saya pernah berborak dengan dia, boleh tak kalau kita mati sama-sama?" -Izzue

 


Pelakon dan pengacara, Izzue Islam menyifatkan isterinya, Awin Nurin adalah segala-galanya yang diperlukan dalam hidup.

Menerusi temu bual podcast bersama Datuk Rosyam Nor, Izzue atau nama sebenarnya Muhammad Izzul Islam Mazlan berkata kehadiran Awin di dalam hidupnya sangat bermakna sehingga dia tidak mampu untuk bekerja andai tiada isteri di sisi menemani.

VIDEO:

@suhanchannelofficial Kalau dia pergi dulu...😢 EP 3 [PODCAST HITAM PUTIH KEHIDUPAN MUSIM 3] - PART 9 @izzueislam Full video di YouTube Suhan Channel & Usanita.🙌 #podcast #podcasthitamputihkehidupan #suhanchannel #tilljannah #izzueislam #rosyamnor #usanita #musim3 ♬ original sound - Suhan Channel Official

Saya tak tahu macam mana kalau satu hari dia tak ada. Saya pernah satu hari pergi shooting dia demam dan dia tak ada saya jadi ‘lost’, saya tak tahu kenapa. Padahal saya boleh datang shooting macam biasa tapi saya rasa tak boleh.

Sebab tu sampai sekarang saya bawa dia, macam mana sekali pun. Saya nak dia ada depan mata saya. Selagi saya boleh hidup dengan dia, saya nak hidup dengan dia betul-betul.

Menurut selebriti berusia 33 tahun ini, isterinya merupakan tulang belakang di dalam kerjayanya.

Kalau tak ada isteri saya, saya bukanlah Izzue Islam yang korang kenal. Saya tak pernah bayang pun hidup saya ini..duduk di atas kerusi dan menghadap Datuk Rosyam depan-depan saya.

Izzue yang dilihat tidak mampu menahan air mata kemudian berkata dia sama sekali tidak boleh terbayang andai ditakdirkan isteri meninggal terlebih dahulu.

Saya tak boleh bayangkan. Saya pernah berborak dengan dia, ‘boleh tak kalau kita mati sama-sama?’

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji Izzue kerana menjadi suami yang tulus mencintai isteri walau dalam apa keadaan sekali pun dan menyifatkan Awin sebagai seorang wanita yang bertuah kerana memiliki cinta sejati.

Sumber: TikTok Suhan Channel Official

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post