Sebak!!! DJ Lin dedah punca kenapa dia perlu bertahan... Walaupun Ada yg mahu dirinya berhenti..



 "Ini kecaman terhebat yang pernah saya hadap selama ini. Saya tak sangka 2024 dibuka dengan kontroversi ini. Saya popular satu Malaysia," kata Pengurus Besar Suria FM, DJ Lin berikutan kontroversi penamatan kontrak penyampai radio, Tyzo.

"Selama 25 tahun dalam industri radio, saya kekalkan rekod cemerlang bersama 13 anugerah besar. Saya bina jenama DJ Lin dari kosong sejak 1999.

"Saya cintakan kerjaya dunia penyiaran radio dan menjadi hidup dan mati saya.

"Memang radio adalah nombor satu, keluarga pula jatuh nombor dua, sejak dulu lagi. Saya pegang jawatan Pengurus Besar sejak 2021, selain penyampai radio, jadi tanggungjawab semakin besar.

"Saya berusaha yang terbaik untuk menaikkan jenama Suria FM. Saya pernah dikecam oleh penyampai di bawah Suria FM, saya sudah lali dengan kecaman.

"Sebab tak semua kenal saya, tak tahu betapa saya sayang kepada industri penyiaran radio sejak 25 tahun lalu.

"Namun, sejak Jumaat lalu sehingga sekarang, dah sembilan hari saya dilemparkan cacian serta tohmahan yang sangat pahit," katanya.

Bagaimanapun, DJ Lin tidak menyalahkan netizen atas apa yang berlaku kerana tidak mengetahui perkara sebenar.

"Saya tak boleh salahkan netizen sebab mereka tak tahu apa yang berlaku. Tapi, saya tak mahu anak-anak diserang.

"Anak saya tak bersalah. Nak kecam DJ Lin, kecamlah, tetapi jangan sentuh anak-anak saya dan jangan hukum mereka tanpa asas. Mereka manusia biasa, ada hati, emosi dan perasaan.

"Saya tak tahu apa hikmahnya, tapi saya sangat percaya netizen yang hentam saya, yang gelar saya dengan pelbagai panggilan yang tak boleh diterima, akan menyedari kenyataan tetap kenyataan.

"Saya anggap ini adalah satu proses untuk memantapkan mental fizikal saya. Cuma, kalau mahu menghukum ketahui fakta atau kenyataan sebenar kedua-dua pihak," katanya.

DJ Lin tidak menafikan perkara ini memberi kesan kepada kesihatan mentalnya, bagaimanapun percaya ada hikmah di sebalik semua yang terjadi.

"Saya berdoa kepada Allah, saya reda dan terima jika ujian ini untuk mematangkan saya selepas melakukan penghijrahan. Saya terima apa sahaja ketentuan Allah dan kuat demi lebih 50 anak buah saya di Suria FM.

"Saya percaya ada kemanisan yang bakal menunggu dugaan ini. Demi anak-anak, saya perlu kuat kerana saya ibu tunggal sejak 17 tahun lalu," katanya.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post