Sedang Tunggu Makanan Sampai, Wanita Kesal Ibu Hamil Rebut Meja Alasan Mengidam


 

Majoriti bakal ibu pastinya melalui fasa mengidam iaitu rasa ingin makan atau lakukan sesuatu perkara. Terkadang, apa yang dimahukan memang agak merepek dan sukar didapati. Namun jika sampai menyusahkan orang lain, wajarkah untuk seseorang wanita hamil itu terus mengikut kehendak hati mereka?

Aku rasa benda ni sangat melampau…Merapu ja ibu mengandung ni

Sebentar tadi menerusi TikTok @Huzaifah Zokepli, wanita ini berkongsikan rasa kesal setelah berhadapan dengan seorang wanita hamil ketika mahu bersarapan di sebuah warung. Jelasnya sewaktu kejadian, dia bersama anak kecilnya sudah sampai ke sana lebih awal dan sedang menunggu pesanan tiba di tempat yang diduduki. Tiba-tiba, Huzaifah didatangi seorang lelaki yang berkeras mahu mendapatkan meja tersebut untuk isterinya yang sarat hamil walhal masih banyak lagi tempat kosong lain di gerai berkenaan.

Aku dah letak baby chair untuk anak aku…Bini dia terus tarik kerusi, duduk tanpa cakap apa-apa

Sudahlah membawa anak kecil, semestinya Huzaifah merasa sedikit leceh untuk berpindah-pindah tempat. Dengan tidak semena-mena, ibu hamil itu malah terus duduk di situ tanpa sebarang kata di saat Huzaifah masih belum berganjak. Sebelumnya, lelaki terbabit menjelaskan isterinya benar-benar mengidam untuk duduk di meja berkenaan dan kononnya mereka memang selalu duduk di tempat sama setiap kali berkunjung makan ke sana.

“Bini saya mengandung kot kak…Akak pi tempat lain, banyak lagi”…Dia arah aku pergi tempat lain

Jika permintaan itu diajukan secara berbudi bahasa, pastinya Huzaifah boleh bertolak ansur. Malang sekali, pasangan tersebut menunjukkan adab kurang baik menyebabkan Huzaifah terus membatalkan pesanan dan beredar dari situ. Jika dilihat secara menyeluruh, seseorang ibu hamil haruslah mempertimbangkan semula setiap rasa mengidam yang dirasai adakah ia bakal menyusahkan orang lain ataupun tidak.

Tonton video di bawah:

@huzaifahzolkepli1Ibu mengandung!

♬ original sound - Huzaifah Zolkepli

@huzaifahzolkepli1 Replying to @Mommy Aireen 🇵🇸 ♬ original sound - Huzaifah Zolkepli

KREDIT : TikTok Huzaifah Zolkepli

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post