Suami Bakal Cerai Isteri Cantik Pemalas, Pad Kotor Pun Enggan Buang Sendiri

 


Sedar atau tidak, sikap pemalas sebenarnya boleh menjejaskan keharmonian sesebuah rumah tangga bila mana tempiasnya akan turut dirasai oleh pasangan. Persis kisah didedahkan oleh perunding undang-undang ini, seorang suami dikatakan telah datang memfailkan penceraian dan aduan mengenai perangai buruk isterinya di rumah.

Benda lain dia tak nak buat, saya tak kisah…Sebab tu saya ambil pembantu rumah

Menurut cerita yang diberitahu, si suami sudah hilang sabar dengan sikap malas si isteri yang disifatkan agak keterlaluan. Untuk memudahkan rutin harian, lelaki tersebut sanggup mengupah orang gaji demi menguruskan segala kerja rumah di mana isterinya tidak perlu melakukan semua itu langsung.

Awak tu suami saya, kutip ajelah…Banyak pula complain

Namun siapa menduga, ‘kemudahan’ yang disediakan oleh Encik Suami malah membuatkan si isteri semakin naik lemak sehingga mula mengabaikan kebersihan. Dedah si suami, tuala wanita yang sudah digunakan ketika haid pun selalu dibiarkan begitu sahaja dan bibik merekalah yang perlu membuangnya. Lebih teruk lagi, ada masanya si suami pula yang terpaksa mengutip pad kotor tersebut untuk dibuang ke tempat sepatutnya.

Tenuk dekat zoo pun tak malas macam dia…Keluar rumah bukan main lagi

Meskipun sudah berkali-kali dinasihati, semuanya umpama mencurah air ke daun keladi kerana wanita itu akan melawan setelah ditegur. Tidak dinafikan, isterinya selalu bersiap cantik dan wangi ketika mempunyai keperluan keluar rumah. Namun di sebalik keanggunan tersebut, hanya suami saja yang mengerti sikap sebenar isterinya.

KREDIT : TikTok adminzai_nal

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post