” Superb sangat video ni. Tengok berulang kali, tak puas tatap.. ” – Netizen

 


Hari Jumaat yang lalu pada tanggal 5 Januari, bermula lah semula kehidupan pempengaruh Farah Lee sebagai seorang isteri. Setelah 7 tahun memegang status ibu tunggal, ianya menjadi permulaan baru untuk Farah. Majlis yang dirancang berjalan dengan lancar dan dipermudahkan.

Meninjau akaun Instagram Farah Lee, telah dikongsikan video yang memaparkan suasana ketika majlis pernikahan ini berlangsung. Memilih muzium negeri Terengganu sebagai lokasi pernikahan mereka, ianya tampak klasik dan penuh vibes Melayu.

Pemilihan busana dan temanya sangat menarik dan jarang dibuat orang. Membaca kapsyen Farah juga membuatkan warganet tertarik. Bukan mudah untuk Farah membuat keputusan untuk bergelar isteri. Kata Farah, ada masanya dia berasa hendak give up kerana nervous dan trauma dengan peristiwa lama.

Namun kesungguhan Fuad untuk mereka bersama-sama mencuba mencipta hubungan ini. Yang pasti, anak Farah, Maream Esabel paling gembira kerana mendapat daddy baru. Maream juga antara orang penting yang terlibat dalam majlis pernikahan Ommanya ini.

Jom tonton video di bawah :

Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 23 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :

” Its ok dik. Give ur self chance to dream again coz Last time was young and ‘stupid’ ha.. beentheredonethat but after some times, u’ll be wiser, happier and easy because now u r still young and beautiful to understand all the ‘whys’. Labiu.. ”

” Sukanyaaa dengan tema, konsep, lokasi, pakaian.. ah, semua laaaa .. barakalah Farah & Fuad.. Break the rule la kta.. xpyh nk pakai gaun,hiasan bagai.. simple , puas hati dan cantik.. ”

” Auwwww nangis tengok video ni, lepas tu happy balik. Haha.. muzium negeri terengganu, What a beautiful wedding.. Senyum sorang-sorang I tengok video ni.. so sweet both of you. Semoga jodoh sampai ke syurga.. ”

” Husband fl nampak sgt pemalu.. Tp sgt berani jgk.. Duk mikir lelaki berani mana la akan jd husband fl.. Goodluck fuad Till jamnah f&f.. ”

” So sweet both of you. Rare nye buat kt muzium Tganu. Cantik sangat, klasik.. Tahniah Farah dan Fuad. Tahniah Maream dpt ddy baru.. ”

” Superb sgt video ni. Tgk berulang kali, tak puas tatap. Awat pengantin lelaki nmpk pemalu? Baarakallahu lakuma, FF.. ”

” Suka sangat, klasik dan Melayu.. Love sangat-sangat, simple yet full of love.. eh kita pulak yg senyum malu.. nice sgt temanya.. Alhamdulillah, tahniah FL & husben.. moga bahagia hingga ke Jannah.. Amin.. ”

Majlis yang penuh dengan air mata dan ketawa bahagia. Hanya Farah yang tahu perasaannya dan Fuad melengkapkan semua kekurangan Insha Allah. Semoga perkahwinan ini sentiasa dalam rahmat Allah dan berkekalan sampai ke syurga.

Sumber : IG Farah Lee

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post