” Tahniah, so beautiful pengantin perempuan.. ” – Netizen

 


Meninjau ke akaun TikTok Whosmein95, beberapa video sekitar Majlis Berbedak Diraja Brunei bersempena penyatuan dua hati pasangan Diraja iaitu Putera Abdul Mateen dan Dayang Anisha Rosnah telah meraih perhatian ramai.

Majlis ini telah berlangsung sebentar tadi di Istana Nurul Iman, Brunei dan ia merupakan satu majlis yang penuh dengan adat istiadat. Pasangan Diraja ini mengenakan persalinan berwarna merah dan nampak sangat cantik serta berseri.

Dayang Anisha diarak masuk ke dewan dengan wajahnya ditutup dan kemudian dibuka apabila tiba ruang pelamin. Majlis ini diadakan selepas majlis bertunang dan dihadiri oleh kaum keluarga terdekat. Selepas acara berbedak akan dilangsungkan upacara mandian.

Perkongsian ini telah menerima lebih ribuan tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik 1 jam yang lalu. Sememangnya setiap majlis pasangan Diraja ini amat dinantikan bukan sahaja oleh rakyat Brunei namun negara jiran juga.

Jom tonton video di bawah :

( Sila tunggu sebentar/resfresh jika video di bawah lambat keluar )

@whosmein95 Majlis Berbedak Diraja #pangiranmudaabdulmateen #princemateen #princeofbrunei #royalbruneiwedding #royalbrunei #royalbruneiwedding2024 ♬ original sound - AdahurufZ 🥀

@whosmein95 Majlis berbedak Diraja #dayanganisharosnahbintiadam #dayanganisharosnah #royalbrunei #royalbruneiweddings #royalbruneiwedding2024 #anishaik ♬ original sound - AdahurufZ 🥀

Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen apabila menonton upacara ini. Antara komen-komen yang diberikan :

” MashaAllah.. besok akan bernikah semoga allah permudahkan.. so beautiful pengantin perempuan.. mana nak tengok live ye.. “

” Merah berani tegas berwibawa tahniah.. cantik sangat.. wakeel kenapa tkde? prince charming.. tahniah, so handsome.. “

” Alhamdulillah Terbaik , Daulat Tuanku , Tahniah Prince Mateen.. hope you happy your wedding.. so happy .. cant wait.. “

” Bonda mateen xnmpak pn.. ke xboleh hadir?.. xkn lh kan ankanda dia yg kawen … selamat pengantin baru prince Mateen 2024.. “

” Saya sempat tengok Dayang Anisha je tadi. Itu pun dah nak dekat habis. cantik lah dia. nampak malam ni makeup tebal skit.. “

” Tengok dekat mana?di tv saluran berapa.. ada je. bonda mateen tu.. dia siap menangis au berbedak anak dia mateen.. “

” Tahniah pasangan pengantin.. tak sabar nak tengok majlis esok mesti lagi gilang gemilang.. lagi meriah kan.. cantik lah.. “

Sama cantik dan sama padan, bak kata pepatah bagaikan pinang dibelah dua. Semoga segala urusan dipermudahkan sehingga menjelangnya hari pernikahan pasangan Diraja ini. Semoga bahtera perkahwinan Putera Mateen dan Dayang Anisha Rosnah berkekalan hingga ke syurga. Amin

Sumber : Tiktok Whosmein95

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post