Titip Pesanan Ketika Pemergian Sahabat, Kata-kata Saiful Apek Ini Buat Orang Ramai Tersentuh

 


Ukhuwah persahabatan itu tetap kekal walaupun kita sudah saling terpisah. Persahabatan yang dibina atas jambatan keikhlasan itu akan kekal sampai bila-bila biarpun kita sudah tiada lagi di dunia ini.

Begitulah nasihat yang dapat diambil dari seorang pelakon komedi, Saiful Apek. Beliau yang memberi pesanan ketika pengebumian rakan seperjuangannya, Hamdan baru-baru ini telah mendapat perhatian orang ramai.

Ramai yang tersentuh dengan apa yang lagenda lawak tanah air itu katakan. Korang boleh dengar dan ambil iktibar dari kata-kata Apek dalam video TikTok yang dikongsikan oleh akaun _timurbarat_.

@_timurbarat_ Pesanan dari seorg otai @saifulapekgitugitu "kalau nak tahu keburukan kami, tanyalah org² yg membenci kami.. dan kalau nk tanya tentang kebaikan kami tanyalah pada org² yg sayang kami" Jaga ukhwah sesama kita #katakatadeep#bilaotaiberpesan #alfatihahbuathamdansenario#kumpulansenario #apeksenario ♬ Perwiraku teruskan berjuang - Rilex Are Boh

Pesanan yang mendalam

Tidak dinafikan, rata-rata netizen yang mendengar pesanan dari Apek ini tersentuh. Ada banyak iktibar yang boleh kita ambil dan jadikan pedoman dalam persahabatan berdasarkan apa yang Apek sampaikan.

Nasihat dari seorang yang sangat wise memang penuh dengan kata-kata berhikmah. Ayat yang kita dengar pun sedap je cantik tersusun.

Betul, dulu bila tengok Senario antara lima orang ahli kumpulan tu, Apek lah yang paling masuk air. Siapa sangka sekarang setiap kali bercakap, pasti ada diselitkan sekali pesanan. 

Min pun terkesan dengan kata-kata Apek dalam video ni. Terima kasih buat kami terhibur dulu-dulu, dan terima kasih juga sebab bagi pesanan untuk masa sekarang. 

Begitulah orang yang berseni. Apabila berkata, tetap indah dan puitis. Tetap menyentuh hati tak kira lawak atau bagi pesanan.

Kami sekali lagi ingin mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Hamdan Senario. Semoga roh beliau ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post