“Untuk baby” – Raja Permaisuri Agong Teruja Uyaina Arshad ‘Pregnant’, Beri Hadiah Wang Tunai

 


Semalam, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah berkenan untuk mencemar duli ke bangunan Sri Pentas, Bandar Utama dan menyantuni para pekerja dan pengamal media di sana.

Uyaina dapat duit

Menerusi ciapan dimuat naik pengacara Wanita Hari Ini iaitu Uyaina Arshad, dapat dilihat barisan pekerja Media Prima Berhad beratur menyambut ketibaan Agong dan Raja Permaisuri Agong masuk ke perkarangan Sri Pentas.

Apa yang menarik ialah, Uyaina berkongsi keterujaannya menerima sejumlah wang tunai yang tidak diberitahu nilainya daripada Raja Permaisuri Agong.

Difahamkan, wang tersebut diserahkan oleh Raja Permaisuri Agong buat semua pekerja yang sedang hamil.

Wehhhh Raja Permaisuri Agong bagi saya duit sebab mengandung. Tapi bukan untuk saya lah duit ini, untuk baby.

Nak simpan lah duit ini nak jadikan ibu duit supaya duit ini boleh beranak-pinak.

Perkongsian tersebut turut mendapat perhatian wargamaya dan salah salah seorang daripada mereka menjelaskan bahawa Raja Permaisuri Agong sangat prihatin terhadap ibu yang sedang mengandung.

Komen netizen

Video

@molekfm Untungnyaaaaa Uyaina Arshad @UA dan staf Media Prima yang mengandung 😍 Dapat duit daripada Yang di-Pertuan Agong & Raja Permaisuri Agong 🥹🫶🏻 #YDPA #Agong #mengandung ♬ original sound - Molek FM

Sumber: Aplikasi XTikTok

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post