[VIDEO] Rela Jual Motor Untuk Terbang Ke Qatar, Derrick Gan Buka Cerita Sebenar

 


Di sebalik prestasi membanggakan skuad Harimau Malaya ketika beraksi menentang Korea Selatan di Piala Asia 2023 semalam, seorang lelaki berbangsa Cina iaitu Derrick Gan turut menjadi bualan ramai sehingga sekarang. Kamera siaran langsung kebetulan merakam wajah sebaknya selepas Arif Aiman berjaya menyempurnakan jaringan penalti yang menjadikan Malaysia mendahului dengan mata 2-1.

Tumpang lalu! Adik nak lepaskan motor demi negara tercinta

Rupanya di sebalik itu, Derrick juga pernah berkorban menjual sebuah motosikal miliknya kira-kira bulan Disember lalu bagi mencari kos tambahan untuk pergi ke Qatar. Semangat patriotik yang ditunjukkan olehnya demi memberi sokongan kepada skuad kebangsaan cukup mengharukan rakyat Malaysia.

Tiada kata-kata untuk huraikan perasaan yang saya rasa…Suara pun koyak ni

Melalui temubual ringkas bersama radio @Era Fm sebentar tadi, anak jati Melaka ini mendedahkan rancangannya untuk terbang ke sana sebenarnya sudah bermula sejak setahun yang lalu. Sepupunya, Roy, juga memang berkali-kali mengajaknya untuk ke sana dan itulah yang mendorong Derrick menjual motosikal tersebut bagi mencari kos tambahan di saat-saat akhir.

Pembeli pun okey, takde nego harga pun, on lah & i’m here today

3 minggu sebelum aksi kedua, akhirnya seorang individu berminat dengan motosikal tersebut dan proses jual beli antara mereka berjalan dengan sangat lancar. Masih berada di Qatar dan bakal terbang pulang ke tanah air pada esok, jurumesin ini juga berharap semoga skuad pemain kebangsaan dapat mengekal prestasi cemerlang sebegini.

KREDIT : Instagram Era Je & FB Derrick Gan

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post