“Berhak Bahagia ” – Tular Dakwaan Ziana Zain Berkahwin Lagi

Sebut sahaja perkataan janda, kalau dahulunya, kaum wanita dikatakan amat tertekan dan malu dengan masyarakat apabila bergelar janda, namun hari ini situasi itu sudah berubah kerana rakyat negara ini memberi sokongan sosial yang bagus kepada mereka. VIDEO DISINI

Bahkan, tanggapan negatif masyarakat terhadap status itu juga berubah, malah trend kini menunjukkan golongan tersebut turut mendapat soko­ngan sosial yang baik.

Biasanya personaliti wani­ta juga akan berubah selepas bergelar janda atau ibu tunggal, dia bertukar menjadi lebih tegas, cekal dalam membuat keputusan.

Namun, setelah memegang status janda, ada pula dugaan orang sekeliling yang mahu ‘mengusik’ atau kenen-kenenkan dengan seseorang kerana dianggap telah kembali solo dan masih laku!

“Mana ada, Ziana Zain masih single sekarang.”

Demikian penjelasan pihak Ziana Zain mengenai khabar angin berterbangan dalam gelanggang media sosial bahawa dirinya sudah menamatkan zaman janda dengan seorang lelaki bernama Ustaz Taufik.

Ziana menerusi pengurusnya, Alin memberitahu, fotografi pelantun lagu Putus Terpaksa itu yang dimuat naik seorang jurusolek terkemuka tanah air hanya untuk tujuan promosi sebuah projek yang belum tiba masa diperincikan.

“Dengan Ustaz Taufik memang tiada apa-apa hubungan. Bukan adik mahupun kekasih. Dia hanya seorang peminat yang menjalankan perniagaan agensi pelancongan (umrah).

“Ustaz Taufik ini dahulu bapanya pernah buat lagu untuk Ziana. Tapi, saya tak ingat apa tajuknya. Yang tengah tular itu, janganlah fikir dan tebak yang bukan-bukan.

“Ziana sampai sekarang masih sendiri dan solo. Kalau beliau nak kahwin, tidak akan senyap-senyap (nikah) tanpa pengetahuan orang ramai,” katanya.

Ditanya tentang kesahihan gambar berbusana pengantin dalam sebuah muat naik Instagram, Alin berkata, tiada apa yang perlu dibimbangkan.

“Saya rasa peminat tegar Ziana tahu gambar itu untuk apa. Bukan sedang menanti hari bahagia (kahwin) tetapi demi kelangsungan karier dalam dunia seni.

“Zaman sekarang, kita (artis-artis lama) pun pandai juga bergimik. Nak tak nak, memang perlu ‘join sekaki’. Orang nak berspekulasi, itu terpulang kepada mereka,” ujarnya lagi.

Terdahulu, Tular dalam media sosial TikTok mengenai satu video memaparkan Ziana atau nama sebenarnya, Siti Roziana Zain menerima ucapan tahniah oleh netizen.

Dalam video tersebut, Ziana ditata rias sangat jelita dan turut mengenakan busana putih seperti pengantin.

Malah, kapsyen video tersebut turut mengundang spekulasi yang mendakwa penyanyi bersuara lunak itu bakal mendirikan rumah tangga kali kedua.

Ziana Zain pernah bernikah dengan Armin Zaharin pada Mei 1998 dan dikurniakan 3 orang cahaya mata namun mereka sah bercerai talak satu pada Julai 2018.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post