” Dah terkena, ingatkan Epul. Tak pernah terlintas dia rupanya, suara power.. ” – Netizen

 


Semalam telah berlangsungnya peringkat akhir rancangan realiti, The Masked Singer Malaysia. 5 maskot layak ke final semalam iaitu Teratai, Kancil, Helang, Biskut Aiskrim dan Bunga Matahari. Persembahan yang menarik disajikan oleh kesemua peserta.

Antara kelima-lima finalis ini, Helang antara yang paling mengelirukan juri dan penonton. Saban minggu persembahannya memang terbaik dan menghiburkan. Ada kalanya suara Helang kedengaran seperti Black dan ada waktunya seperti Epol Roza. Ini membuatkan ramai yang yakin Helang adalah antara 2 nama tersebut.



Meninjau akaun Instagram Astro Gempak dan Era, telah dikongsikan video persembahan final Helang dan ketika Helang diumumkan sebagai pemenang tempat kedua. Vokal Helang tidak dapat disangkal lagi kerana memang sedap dan suaranya merdu.

Ketika Dato’ AC Mizal membuka topeng Helang, bersorak seluruh dewan apabila melihat wajah Si Helang ini. Rupa-rupanya Namie penyampai radio Era dan pelawak kumpulan Ubi lah. Alahai pandai betul Helang mengelirukan semua dengan suaranya yang berbeza-beza tu.

Jom tonton video di bawah :

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak)

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak)

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak)

Video persembahan Helang yang cukup padu dan hebat.

Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :

” Yang paling buat ramai confius dan mengelirukan setiap minggu. Suara pun sedap.. Tahniah namie.. maskot yg plg ssh nak teka.. ingatkan aepul roza… rupanya namie.. ”

” Paling confuse yang ni lah. congrats Namie, u deserves.. Hebat Namie nyanyi.. tiap-tiap minggu memang tunggu helang menyanyi.. ”

” Pandai dia kelirukan juri, pelik sama betul dengan suara Epul. Ingatkan black pastu qody tiba2 pulak suara macam aepul rupanya namie daa haha.. ”



” Da hujung2 episode rmai gk teka namie.. tp mcm susah nk caya btul ke sbp btul2 black.. ini la the real definition of mask singer.. Smpai hujung plg rmai teka salah.. ”

” Dah kena, ingatkan Qody Rani.. Sedap g1la suara Namie ni. Power power.. Serba boleh tau namie ni. Pelawak pun dia, penyanyi pun dia.. ”

” Im very surprised.. tak pernah terlintas nak teka namie n never know he can sing very well.. Congrats.. ”

” Pelawak pnynyi pngajar apa lg perr… srba boleh.. dok ingt qody tak pun epul dah.. tak sabar nak tunggu reaksiii geng ubi bilaaa tahu namiee mat helang haaha. habislah kena bahan nanti.. ”

Namie memang bijak dalam mengatur strateginya mengelirukan juri dan penonton. Sampai ke peringkat akhir baru lah keluar suara sebenarnya. Itu pun ramai yang keliru kerana sama dengan suara Epul. Apa-apa pun, tahniah Namie atas kemenangan sebagai naib juara dan semoga terus maju jaya.



Sumber : IG Astro Gempak, IG Era

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post