Dakwaan Kahwin Lari Di Songkhla Tular, Marissa Dania ‘Unfollow’ Norman Hakim & Abby Abadi?

 


Tidak hanya bernikah senyap-senyap di Songkhla Thailand, dalam diam anak kepada pasangan selebriti, Norman Hakim dan Abby Abadi iaitu Marissa Dania Hakim sudah tidak mengikuti akaun media sosial ibu bapanya itu.

Ia sekali gus mengundang spekulasi netizen mengenai hubungan keruh anak-beranak itu.

Dakwaan itu dikuatkan dengan ketiadaan Marissa pada hantaran terbaru Norman kira-kira seminggu lalu iaitu ketika sambutan ulang tahun ke-11 adiknya, Muhammad Darwisz Hakim.

Rata-rata netizen turut bertanyakan ketiadaan Marissa ketika itu.

"Semoga berbahagia selalu, lama tak tengok Marissa," tulis seorang netizen.

"Marissa saja yang tiada," luah seorang pengikut.

Semalam, Harian Metro mendedahkan anak kepada pasangan selebriti itu sudah mendirikan rumah tangga secara senyap dengan suaminya, Aslam di Songkhla, Thailand pada 27 Disember lalu.

Pendedahan yang dibuat turut disahkan Nadiah Mazlan, kakak kepada isteri pertama Aslam iaitu Misya Mazlan hari ini.

Pada September lalu kecoh dalam media sosial apabila Misya tampil membongkar dakwaan kisah kecurangan suaminya dengan Marissa.

Misya menerusi satu hantaran di media sosial mendedahkan Marissa didakwa menjadi penyebab utama dirinya diceraikan suaminya.

Namun, Aslam dan Misya mengambil keputusan untuk rujuk semula ketika dalam tempoh edah.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post