David Beckham Upload Gambar Depan KLCC, Aliff Syukri Komen: “Saya Artis Malaysia No. 1”

 


Selebriti bola sepak, David Beckham mencuit perhatian netizen tempatan apabila memuat naik sekeping foto di Instagram yang berlatar belakangkan Menara Berkembar Petronas (KLCC).

Difahamkan David Beckham tiba di Kuala Lumpur malam semalam bagi menjayakan jelajah bersama jenama sukan popular, Adidas.

“I mean… wow… What a view, what a city,” tulisnya ringkas.

Melihat pada ruangan komen, ramai dalam kalangan selebriti Malaysia memberikan ucapan selamat datang kepada David, antaranya penyanyi Shiha Zikir dan juga usahawan Datuk Aliff Syukri.
 
Shiha secara berseloroh mengajak suami kepada Victoria Beckham itu berduet lagu This & That dengannya sementara Aliff Syukri pula memberi pesanan yang dia merupakan artis nombor satu Malaysia.
 
 
 

Difahamkan David Beckham tiba di Kuala Lumpur malam semalam bagi menjayakan jelajah bersama jenama sukan popular, Adidas.

Acara tersebut dijadualkan berlangsung di butik Adidas, The Exchange TRX petang ini.
Post a Comment (0)
Previous Post Next Post