“Ini Baru Betul, Ambil Yang Teraniaya..” – Wawa Zainal Pilih Misya Mazlan Sebagai Duta Tudung, Raih Pujian Daripada Netizen

 


Baru-baru ini, aktres dan usahawan terkenal, Wawa Zainal telah tampil mendedahkan wajah baru bagi koleksi tudung terbarunya iaitu Misya Mazlan, individu yang sering menjadi tumpuan sejak kebelakangan ini.

Seorang yang lemah lembut

Berdasarkan hantaran yang dikongsikan oleh pengasas Wawa Scarves ini, dirinya menyifatkan peribadi madu kepada Marissa Dania ini sebagai seorang yang manis dan lemah-lembut orangnya.

Tambahan pula, difahamkan Misya telah ditawarkan menjadi duta untuk jenama tersebut selama tiga bulan menurut kontraknya.

Alahai so sweet dia ni. Cantik dan lemah lembut.

Tonton video di bawah ini :

(Refresh kalau tidak muncul)




Reaksi netizen

Pada masa yang sama, menjengah ke ruangan komen hantaran tersebut, rata-rata menyokong tindakan Wawa yang mengambil Misya sebagai duta Wawa Scarves itu. Menurut mereka, hal tersebut secara tidak langsung menyokong mereka yang tersakiti atau teraniaya.

Ini baru betul, ambil yang teraniaya bukan ambil yang menganiaya.

Model yang tepat.

Ini baru founder yang bagus, naikkan wanita-wanita yang tersakiti.

 
SUMBER : Instagram
Post a Comment (0)
Previous Post Next Post