Isteri Diceraikan Saat Hamil 3 Bulan, Ibu Mentua Suka Control Hidup Suami

 


Menjalin percintaan dengan tempoh cukup lama, pastinya kita sudah membayangkan kebahagiaan selepas berkahwin nanti. Malangnya bagi sesetengah orang, kenal lama dengan pasangan bukanlah jaminan hubungan berkekalan. Mana tidaknya, dugaan selepas berkahwin itu jauh lebih perih untuk dilalui berbanding zaman bercinta.

@dsmpermata Terimakasih untuk 8 bulan nya terimakasih sudah membuat anak orang TRAUMA🙂 semoga kamu menemukan wanita yang sempurna menurut ibumu😌 #perceraian #rumahtangga #fyp #kehidupanrumahtangga #pernikahanhancur #foryou #viral ♬ suara asli - Inidasdas✨

Terima kasih untuk 8 bulannya…Terima kasih sebab buat anak orang trauma

Itulah dugaan yang turut dihadapi oleh sepasang suami isteri ini. Setelah bercinta 10 tahun lamanya, mereka selamat mendirikan rumah tangga pada tahun lalu. Namun jodoh mereka kini terkandas di tengah jalan sehingga kedua-duanya berdepan penceraian selepas 8 bulan hidup bersama.

@dsmpermata Kenal 10 tahun, nikah 8 bulan, cerai karena orang ketiga, orang ketiganya keluarga suami sendiri🫠🙂 bismilah aku ikhlaskan semuanya jangan pernah hadir lagi dikehidupan saya dan anak saya kelak nanti. Carilah wanita sempurna menurut ibumu😌 #kehidupanrumahtangga #perceraian #fyp #rumahtangga #nikahmuda #foryoupagee #viral ♬ suara asli - Naga Sepuloh 🦕

Cerai kerana orang ketiga…Orang ketiganya adalah keluarga suami sendiri

Daripada pendedahan si isteri yang bernama Ina, penceraian itu berlaku disebabkan oleh campur tangan orang ketiga. Namun ia bukanlah kerana perselingkuhan, sebaliknya ‘orang ketiga’ yang dimaksudkan adalah ibu mentuanya sendiri. Keamanan rumah tangga mereka seakan terganggu oleh sikap keluarga mentua yang dikatakan masih suka mengawal kehidupan anak menantu.

Kalau pihak lelaki nak pertahankan, saya pun taknak cerai..Susah kalau masih dikawal ibu

Paling menghibakan jiwa, rupa-rupanya Ina diceraikan tatkala dirinya sedang hamil dengan kandungan berusia 3 bulan. Bukanlah enggan berkomunikasi atau berbincang secara baik, tetapi Ina menyifatkan proses mencari titik penyelesaian menjadi sukar kerana suaminya terus-terusan dikawal dan tidak mempunyai pendirian dalam urusan rumah tangga sendiri.

Tambah lagi, suaminya juga suka melibatkan ibu sendiri ketika mereka mempunyai masalah dalam rumah tangga.

KREDIT : TikTok Inadasdas

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post