Lagi kes kereta halang laluan Ambulan, Ramai trkejut tgk Aksl kalini

 


KEBELAKANGAN ini, kes pemandu menghalang kenderaan ambulans kian meruncing apabila beberapa individu ditahan polis atas kesalahan tersebut.

Terbaharu, isu itu sekali lagi menjadi bualan warganet apabila seorang pemandu Toyota Vios berwarna merah pula didakwa melakukan perbuatan sama di Tanjung Kidurong, Bintulu, Sarawak pada Selasa.

Disyaki sengaja melakukan kelakuan tersebut, individu berkenaan dirakam memandu laju di lorong kanan dan enggan memberi laluan kepada kenderaan ambulans terbabit.

Situasi lebih parah apabila bunyi siren dan perintah amaran dikeluarkan petugas kesihatan berkenaan tidak dihiraukan pelaku.

Warganet di ruangan komen rata-ratanya tampil dengan pelbagai spekulasi berhubung kejadian tersebut.

"Kes OKU lagi ke, tak habis-habis dengan isu halang ambulans, bila ditahan semuanya mengaku kurang upaya," kata Hainsyahamid.

"Bila dah tular kena cekup laju je mengaku tak sihat, pekak, sakit mental, menyusahkan orang je semua ni," ujar Ciknor NfCH.

"Sejak seorang ada masalah pendengaran, yang lain pun cuba juga bagi alasan macam-macam, OKU la apa la," tamba Mie Amy.

Terdahulu, seorang pemandu wanita yang tular selepas tindakannya menghalang ambulans di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) dekat Kuala Lumpur pada Khamis lalu disahkan mengalami masalah psikiaktri.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata, pihaknya sudah menahan pemandu terbabit selepas menerima laporan daripada pemandu ambulans terbabit.

"Pemandu kereta jenis Toyota Camry berusia 41 tahun itu dibawa ke Balai Polis Trafik bagi tujuan siasatan.

"Bagaimanapun, pemandu kenderaan berkenaan didapati menghadapi masalah psikiatri dan dibawa ke Hospital Kuala Lumpur bagi tujuan rawatan serta mendapatkan laporan perubatan," katanya dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bintulu Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan dilaporkan telah mengesan pemandu kenderaan Toyota Vios tersebut.

Pemandu terbabit telah diambil tindakan saman di Bawah Kaedah 9, Kaedah-Kaedah Lalulintas 166/59 iaitu kesalahan tidak memberi laluan kepada ambulans bersiren bergerak terus.

"Difahamkan, pemandu tersebut mengalami masalah pendengaran dan alat pembantu pendengaran beliau tidak berfungsi dengan baik pada masa tersebut.

"Pelaku merupakan seorang lelaki tempatan berumur 74 tahun pada masa kejadian," katanya menerusi kenyataan pada Rabu.

Semua pengguna jalan raya dinasihatkan untuk mematuhi undang-undang serta peraturan lalu lintas dan hendaklah memberikan laluan apabila ada siren amaran daripada kenderaan ambulans, polis dan bomba.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post