‘Saya Ada Tumor Di Buah Pinggang & Doktor Sahkan Itu Kanser’ – Awie

 


Penyanyi rock hebat negara, Datuk Awie mendedahkan dirinya menghidap penyakit kanser buah pinggang beberapa tahun lalu.

Tumor di buah pinggang

Menerusi perkongsian dibuat Awie bersama segmen ‘Pagi On Point’ di stesen radio Kool 101, perkara tersebut disahkan oleh doktor yang merawatnya pada ketika itu.

Namun, pelantun suara lagu ‘Sejati’ itu meluahkan rasa syukur kerana penyakit tersebut berjaya dikesan lebih awal dan berjaya dibuang melalui pembedahan. 

Saya ada ‘problem’ di bahagian buah pinggang, ada tumor dan doktor sahkan itu adalah kanser tapi Alhamdulillah dikesan lebih awal.

Saya sudah pun potong dan buang tumor tersebut.

Masa nak bagitahu saya ketika itu pun, doktor macam tergagap-gagap. Dia kata, ‘This is very suspicious’ dan bila dia buat pemeriksaan, dia cakap yang salah satu buah pinggang saya perlu dibuang.

Bila saya dengar ja dia kata macam itu saya rasa macam ‘waktu’ saya dah nak habis.

Tambah Awie, dia tidak mahu melakukan pembedahan membuang organ buah pinggangnya itu dan meminta pandangan daripada doktor yang merawatnya.

Doktor tersebut kemudiannya menyarankan Awie untuk berjumpa dengan seorang lagi doktor yang begitu pakar tentang penyakit tersebut.

Saya termenung lama dan terus cakap, ‘Doktor tolong bagi saya peluang untuk fikirkan ikhtiar yang lain’.

Dia pun suruh saya pergi satu hospital ini dan ‘recommend’ kan saya dengan seorang doktor pakar.

Di sana pula, doktor pakar itu pun maklumkan pada saya bahawa saya peratusan saya menghidap kanser adalah sebanyak 95 peratus.

Selepas empat bulan mendapatkan rawatan di hospital tersebut, penyanyi rock berusia 55 tahun itu akhirnya melakukan pembedahan membuang ‘tumor’ tersebut selepas dipujuk oleh isterinya.

Empat bulan selepas itu baru saya buat keputusan untuk buat pembedahan. Isteri saya pun selalu pujuk untuk buat jadi saya pun setuju untuk teruskan.

Alhamdulillah pembedahan itu berjaya dan tumor sepanjang 2.7 sentimeter berjaya dibawa keluar daripada buah pinggang saya.

Perkongsian tersebut turut mendapat perhatian wargamaya yang rata-ratanya terkejut mendapat tahu Awie pernah menghidap kanser beberapa tahun lalu.

Video


@kool101my "Saya ada problem kidney. Ada tumor, and doktor sahkan itu kanser." - Dato' Awie Secara eksklusif, Dato' Awie mendedahkan mengenai perkara ini di Kool 101. Kita tengok Dato' Awie selalu happy kan? Kita tak tahu apa yang Dato' Awie hadapi. Pandai Dato' Awie sorokkan daripada kita selama ini 🥺 Catch Up Pagi On Point Close Up Bersama Dato' Awie di aplikasi Audio+! 📲 @MY HAIZA @HeyMuaz @Sayap2WINGS #Kool101 #PagiOnPoint #CloseUp #Awie #awiewings #kanser ♬ original sound - Kool 101

Sumber: TikTok Kool101 

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post