“Suka gosip tau”… Siti Nurhaliza ‘post’ gambar dengan Datuk K, minta jangan fikir bukan-bukan

 


SELEPAS timbul gosip kononnya rumah tangga bermasalah, penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza tampil menepis segala dakwaan berkenaan.

Secara berseloroh, Siti atau Siti Nuraliza Tarudin, 45, turut meminta orang ramai agar tidak mudah membuat sebarang spekulasi berhubung hal berkenaan.

"Suka gosip tau. Tak baik fikir bukan-bukan," katanya ringkas.

Siti berkongsi perkara itu di laman Instagram miliknya berserta gambar dia bersama suami Datuk Seri Khalid Jiwa dan dua orang anak mereka.

Foto terbaharu itu dirakam ketika sambutan ulang tahun Siti ke-45 yang berlangsung di sebuah hotel di Kuala Lumpur beberapa hari lalu.

Menerusi ruangan komen, ramai peminat yang terus mendoakan kebahagian Siti bersama suami.

Malah mereka juga tidak menyangka timbul dakwaan sebegitu sedangkan Siti baru sahaja mengadakan majlis berkenaan.

"Biasalah tu, netizen suka nak kacau sedangkan Siti bahagia.

"Mereka mudah berfikir negatif bila muat naik status," komen netizen.

Gosip rumah tangga Siti mula timbul apabila dia berkongsi kata-kata atau quote seakan memberi bayangan berlaku masalah berkaitan rumah tangga.

Siti bagaimanapun tidak memberikan sebarang kenyataan dan dilihat memadam perkongsian berkenaan.

Ramai dalam kalangan netizen yang membuat andaian mudah kononnya Siti dan Khalid atau Datuk K sedang dilanda masalah.

Untuk rekod, Siti dan Datuk K mendirikan rumah tangga pada 21 Ogos 2006 dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Siti Aafiyah, 6, dan Muhammad Afwa, 3 tahun.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post