Wuishhhhh drama Korea pun tak terfikir nak letak scene macam gini ek. Terus rasa nak check Excel kat phone suami.

 


Karya ‘Layang Layang Perkahwinan’ yang dibintangi oleh Shukri Yahaya serta Ezzani Jasny semakin mendapat sambutan peminat drama tempatan. Diadaptasikan daripada sinetron terkenal ‘Layangan Putus’ yang trending pada tahun 2021, terdahulu babak bilik air melibatkan Shukri Yahaya dan Alya Iman pernah menjadi bualan hangat netizen.

Kawan lelaki aku tak bagi post, takut method kena expose

Sekali lagi, adegan dalam drama ini berjaya menarik perhatian iaitu ketika watak Saida Amanda meninggalkan suaminya, Azim Hasibullah seorang diri dan tiba-tiba notification telefon lelaki itu berbunyi. Tanpa disangka-sangka, rupanya ia adalah notification Microsoft Excel dan pastinya penontong jangka sebagai urusan kerja.

Kdrama pun tak terfikir nak letak scene gini… Conversation dekat excel sheet ek

Namun rupanya, Excel Sheet itu mengandungi mesej manja daripada isteri keduanya, Tsuraya Lin. Adegan perselingkuhan dengan penggunaan idea ‘luar kotak’ sebegini cukup mengejutkan netizen dan mendapat pelbagai reaksi berbeza. Ia juga seakan menggambarkan kelicikan seseorang yang sentiasa mencari peluang menduakan pasangan masing-masing dengan apa cara sekalipun.

 

@mayadeens Kawan lelaki aku tak bagi post, takut method kena expose lah tuu😌 ini wow teruk! kdrama pun tak terfikir nak letak scene gini. Conversation dekat excel sheet ek🤯 Download sooka app dan strim Megadrama: Layang-Layang Perkahwinan dengan serendah RM14.90/bulan, TANPA KONTRAK. Episod pertama adalah PERCUMA, download dan strim sekarang! #sooka #sookamalaysia #LayangLayangPerkahwinan #sookaGotDrama #syukriyahaya ♬ suara asli - Musiceveryday - 𝙈𝙐𝙎𝙄𝘾𝙀𝙑𝙀𝙍𝙔𝘿𝘼𝙔22

Siot la Excel ni…Malam nanti aku nak periksa telefon suami aku

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen terkejut dengan babak tersebut sekaligus merasa terhibur. Sedikit sebanyak ia mengundang rasa insecure dan menggoyahkan kepercayaan mereka terhadap pasangan masing-masing. Tidak ketinggalan yang berseloroh mereka merasa takut untuk berkahwin.

KREDIT : TikTok Mayadeens

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post