4 Beranak ‘Pergi’ Serentak…Sempat Kucup Kening Sebelum Lompat Dari Aras 22

 


Cukup menyayat hati, mungkin itulah satu kata yang terlintas di fikiran berkaitan berita pemergian serentak 4 sekeluarga di sebuah pangsapuri ini. Difahamkan, kejadian pilu itu berlaku pada tanggal 9 Mac lalu kira-kira jam 4.13 petang melibatkan sepasang suami isteri berusia awal 50-an bersama 2 anak mereka yang masih belasan tahun.

Suami kucup kening anak isteri…Isteri kutip semua telefon bimbit

Daripada penelitian terhadap bukti CCTV yang ada, awalnya mereka berempat dilihat terburu-buru menaiki lif untuk menuju ke aras 22. Saat itu, si ayah juga dikatakan sempat mengucup dahi isteri dan anak-anak sebelum memasuki lif. Manakala, si ibu pula bertindak mengumpulkan semua telefon bimbit mereka untuk disimpan dalam satu beg.

Motif sebenar ‘pemergian terancang’ masih belum terungkai

Sesudah sampai ke atas, semuanya melompat ke bawah secara serentak dan tindakan tersebut tidak dilihat oleh mana-mana saksi. Bunyi dentuman kuat pada petang itu bagaimanapun menarik perhatian pengawal keselamatan untuk melakukan pemeriksaan segera. Saat itulah 4 sekeluarga itu ditemui terdampar di kawasan parkir dengan kesan fatal di kepala dan tulang tubuh. Sehingga kini, motif di sebalik pemergian terancang 4 beranak itu masih belum dapat dipastikan lagi. Namun antara dakwaan yang diwujudkan ahli kriminalogi adalah mereka sepakat menamatkan hayat diri kerana masalah kewangan.

Kurang mendapat bantuan (sokongan) dari masyarat dan keluarga terdekat barangkali mendorong mereka bertindak sedemikian.

Keempat-empatnya ditemui dengan tangan terikat

Berdasarkan siasatan lanjut, tangan mereka terikat dengan tali yang sama ketika melompat ke bawah. Tangan si ayah diikat bersama tangan anak perempuan, manakala tangan si ibu diikat dengan tangan anak lelaki. Sebelum ini, mereka pernah tinggal di di pangsapuri terbabit sejak tahun 2017 sebelum menghilang selama 4 tahun. Penghuni lain juga tidak begitu mengenali keluarga ini kerana mereka menjalani hidup secara tertutup.


Apartemen Teluk Intan, Penjaringan, Jakarta Utara

KREDIT : Portal KOMPAS.com & Tribunnews

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post