Bkas mufti tegur bella? ini sepatutnya beliau lakukn

 


Baru-baru ini, sedang hangat diperkatakan isu kontroversi tangkap basah ekoran kes yang melibatkan dua selebriti beberapa hari yang lalu. Susulan itu, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri tampil memberi padangan bahawa golongan isteri harus bersabar dan tenang sebelum membuat keputusan.

Bertenang dahulu

Menurut Dr Zulkifli, Bekas Mufti Wilayah Persekutuan, ketika dalam situasi dimana suami ditangkap khalwat bersama wanita lain, para isteri tidak patut terburu-buru dalam membuat keputusan. Dia menjelaskan, sebarang keputusan harus dibuat setelah difikir secara matang.

Dalam isu ini sebagai orang isteri, beliau bersabar. Tenang sebab hukum buat keputusan ketika marah maka kurang tepat biasanya.

Untuk elak ini tenang dulu, bila hati sudah sejuk buat solat kepada tuhan, timbang tara untuk anak dan suami serta ambillah keputusan selepas ditanya orang-orang yang berpengalaman,

Sebab manusia tiada yang maksum, semua kita banyak salah silap, besar kecil depan belakang orang dan sebaik-baik bertaubat kepada Allah.

Nasihat para lelaki

Namun begitu, timbul perdebatan daripada pihak netizen yang kelihatan kurang senang dengan kenyataan oleh Dr Zulkifli itu. Menurut segelintir mereka, sepatutnya yang dinasihati adalah golongan lelaki yang ditangkap khalwat dalam hal ini.

Suami nikah lain isteri kena tenang, suami kena tangkap khalwat isteri kena tenang, suami mati pun isteri kena tenang tenang je. Memangnya jadi isteri ni kena matikan perasaan la eh.

Tah la pakcik, bukan sekali dua. Isteri pakcik kalau 4 5 kali kene tangkap khalwat pakcik buat apa?

Tenang tu betul, kalau dah sampai beri peluang tu bukan tenang perempuan kena take action. Sampai bila nak tenang, seeloknya mengajak menjauhi zina.

Terdahulu, pelakon Aliff Aziz telah ditangkap khalwat bersama aktres Ruhainies oleh pihak Jawi di sebuh kondominium mewah. Ekoran itu, isteri kepada Aliff, Bella Astillah telah memfailkan kes cerai pada suaminya di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan pada 13 Mac lalu.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post