Fuhhh setahun terus dia lock Bella. Sekiranya Ruhainies meminta maaf sekalipun, Datuk A. Aida tetap tidak akan ambil berlakon lagi

 


Umpama cubit paha kiri, paha kanan juga terasa. Susulan kontroversi tangkap khalwat membabitkan Aliff Aziz dan Ruhainies, penerbit serta pengarah terkenal, Datuk A. Aida juga sempat meluahkan rasa terkilannya sebelum ini. Walaupun Ruhainies pernah menjadi artis kesayangannya, dia nekad menyenaraihitamkan nama aktres tersebut daripada terlibat dalam mana-mana kerjasama selepas ini.

Mungkin Allah nak beri lebih baik, kami semua support & menyayangimu – Datuk A. Aida

Setelah menggugurkan nama Ruhanies daripada penglibatan sebuah drama, Datuk A.Aida telah menawarkan pelbagai peluang baru kepada Bella Astillah. 3 daripadanya adalah job drama dan satunya adalah program di saluran Datuk A.Aida sendiri. Keputusan yang dibuat ini juga disifatkan sebagai satu satu bentuk sokongan terhadap aktres kecil molek tersebut untuk terus aktif bergiat sebagai anak seni.

Tidak akan beri peluang berlakon walaupun Ruhainies minta maaf

Kesal dengan isu yang tercetus, Datuk A. Aida menerusi perkongsian bersama @mStar Online juga tidak menyangka Ruhainies akan melakukan pengkhianatan sebegitu terhadap kawan baiknya sendiri. Sekiranya aktres berkenaan meminta maaf sekalipun, dia tetap tidak akan mengambilnya dalam mana-mana drama lagi. Bukan sahaja Ruhainies, malahan dia enggan menjalin sebarang kerjasama dengan mana-mana selebriti bermasalah.

Terbaik Datuk pangkah terus artis bermasalah…Terima kasih memperjuang nasib wanita

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen memuji kebaikan Datuk A. Aida yang dianggap mengangkat martabat wanita-wanita teraniaya. Mereka juga kagum dengan prinsipnya yang enggan mengambil selebriti bermasalah.

KREDIT : TikTok Datuk A. Aida & Portal mStar

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post