Ibu aliff akhirnya ambil tlndakn ini atas bella selepas bella umum minta cerai



 IBU kepada pelakon Aliff Aziz iaitu Siti Hafiza Basharahil didakwa sudah tidak lagi mengikuti akaun Instagram menantunya iaitu Bella Astillah.

Hafiza sebelum itu memuat naik sebuah hantaran memberitahu pengetahuan manusia hanya melalui apa yang mereka tahu, sebaliknya Allah SWT lebih mengetahui semua yang berlaku.

"MasyaAllah SubhaAllah, hanya Allah yang mengetahui segala yang berlaku dan manusia hanya tahu apa yang mereka tahu sahaja," katanya.

Kemelut rumah tangga Bella dan Aliff sekali lagi mendapat perhatian ramai.

Menerusi hantaran yang dikongsi itu juga, Hafiza memuat naik kata-kata hikmah membawa makna manusia bukanlah seorang individu yang sempurna.

"Aku malu saat dianggap baik padahal aku seorang pendosa hebat, hanya sahaja Allah sedang menutupi aibku," kongsinya.

Malah Hafiza turut mendoakan anak perempuannya iaitu penyanyi Aisyah Aziz yang sebelum ini memberitahu keluarganya menerima tamparan dan kesan hebat susulan isu membabitkan Aliff ditangkap khalwat bersama aktres Ruhainies.

"Terima kasih anak perempuan kesayangan saya, Aisyah atas pandangan dan tetap mendoakan kebaikan kepada orang lain meskipun kita sedang berada dalam titik terendah dalam hidup.

"Semoga Allah permudahkan perjalanan rohani kamu dan teguh atas kebenaran ini. Semoga Allah merahmati kamu dengan rahmat dan berkat hingga ke jannah," ujarnya.

Mengikut tinjauan mStar, Bella atau Dayang Ara Nabella Awang Astillah, 30, masih mengikuti akaun Instagram milik ibu mentuanya itu.

Sebelum ini, Hafiza memuat naik video pendek memperlihatkan Aliff sedang membacakan doa yang turut disertai oleh bapanya.

Dalam beberapa hantaran semula di Instastory, Hafiza turut berkongsi beberapa klip ceramah nasihat kepada seseorang untuk berdiam ketika dihina.

Bella memfailkan cerai terhadap Aliff.

Dia juga sebelum ini pernah menulis luahan agar sentiasa berdoa tatkala berdepan ujian yang dipercayai sebagai kata-kata semangat buat Aliff.

Untuk rekod, nama Aliff kembali menjadi sebutan netizen sejak 9 Mac lalu apabila dia ditahan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (Jawi) atas dakwaan khalwat bersama pelakon Ruhainies.

Susulan kontroversi itu, isteri kepada Aliff iaitu Bella Astillah pula memfailkan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada 13 Mac lalu.

[redirect url='https://www.padumedia.com/ibu-aliff-aziz-unfollow-ig-bella-astillah-kongsi-doa-dan-kata-kata-hikmah/' sec='12']

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post