Ibu Aliff mohon maaf tapi bkan untuk Bella?



Ibu penyanyi Aliff Aziz iaitu Siti Hafiza Basharahil meminta netizen menghentikan penghinaan terhadap ibu bapa serta mentuanya yang sudah meninggal dunia.

Siti Hafiza menerusi hantaran dimuat naik dalam Instagram (IG) meminta agar penghinaan itu diletakkan ke bahunya dan suami kerana mereka adalah ibu bapa kepada Aliff dan bertanggungjawab sehingga ke liang lahad.

Katanya, dia menerima kata-kata kesat menerusi mesej langsung (DM) yang dihantar ke akaunnya.

"Alhamdulillah, atas semua nikmat Allah terutama di bulan mulia ini. Di sini, saya ingin berkongsi sedikit pandangan ikhlas.

"Ramai yang DM saya dengan pelbagai kata-kata yang baik atau sebaliknya.

"Saya dan suami menerima semuanya dengan berlapang dada, kami mohon kepada saudara seagama hentikanlah kata-kata kesat atas arwah ibu dan ayah saya, juga orang tua suami hingga ada yang mengkafirkan, memunafikan orang tua, memaki, menghina dan banyak lagi kata-kata yang kami tidak sampai hati untuk luahkan di sini.

"Jika ingin menghina, hinalah kami kerana kami ibu dan ayah dan tanggungjawab kami hingga ke liang lahad. Kami terima dengan hati yang terbuka dengan izin Allah," tulisnya.

Dalam hantaran sama, Siti Hafiza memohon maaf dan turut memaafkan semua yang terlalu taksub pada manusia yang belum pasti kebenarannya.

"Dengan rendah hati kami mohon kemaafan dan kami memaafkan semua.

"Yakinlah Allah masih menutup keaiban anda dan jika Allah buka keaiban, pasti anda merasakan apa yang kami rasa, Alhamdulillah. Taksub hanya kepada Allah," tulisnya.

Bagaimanapun, hantaran dibuat Siti Hafiza diselar pengikut apabila ada yang memintanya supaya tidak berlagak sebagai mangsa.

"Aunty kalau taksub kepada anak sendiri sampai berlapang dada dengan maksiat yang dibuat, bagaimana pula Aunty? Sampaikan melabelkan mereka yang ada belas ihsan kepada bekas menantu taksub?

"Mengucap dan bertaubatlah makcik. Sudah-sudahlah 'play victim'," komen seorang pengguna akuan media sosial.

Terdahulu, selepas kemelut yang berlaku antara Aliff dengan isterinya, Bella Astilah, Siti Hafiza dikatakan sudah 'unfollow' menantunya dalam IG.

Bagaimanapun, Bella masih lagi mengikuti ibu mentuanya dalam media sosial.

Dunia hiburan gempar dengan penahanan Aliff dan Ruhainies oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) di sebuah kondominium di ibu kota pada 9 Mac lalu.

Namun, mereka dibebaskan dengan jaminan sekitar jam 2 petang hari sama dan bakal didakwa dengan kertas siasatan sudah diserahkan kepada pihak pendakwaan untuk tindakan lanjut.

Berikutan itu, Bella memfailkan cerai terhadap Aliff, namun sebutan ditangguhkan apabila aktor itu tidak hadir kerana terikat dengan penggambaran drama.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post