” Ini another level punya talent. Gifted sungguh anak mommy.. ” – Netizen

 


Kehidupan pelakon cantik, Rita Rudaini bersama anak-anaknya, Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna seringkali mencuri perhatian warganet. Bergelar ibu tunggal bukan satu masalah besar untuk Rita dan Rita sudah membuktikan anak-anaknya mampu meraih kejayaan hasil asuhan dan didikan yang diberikan.

Meninjau entry Rita di akaun Instagramnya, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat Qaqa sedang asyik melukis gambar komik. Qaqa yang mirip dengan wajah Rita ini seorang anak yang lembut tutur katanya. Selain itu, Qaqa juga memiliki bakat melukis yang bagus.

Menerusi video ini, dapat dilihat tangan Qaqa pantas sahaja menyiapkan lukisan komiknya itu. Melihat lukisan Qaqa, warganet memuji kekemasan dan kreativiti Qaqa. Cerita Rita, Qaqa memang minat melukis sejak masih kecil lagi. Begitu juga dengan abangnya, Rayyan.

Memetik komen warganet, Qaqa melukis seperti seorang pakar. Nampaknya Qaqa sudah boleh membuat buku komik sendiri. Siapa tahu, Qaqa boleh menjadi seorang pelukis komik yang tersohor pada masa akan datang. Bakat seni melukis yang hebat yang tak semua orang ada.

Jom tonton video di bawah :

Perkongsian oleh Rita ini sehingga kini telah pun meraih lebih 8000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :

” Ini another level punya talent.. ” – Nad Zainal

” Talented macam Kash.. Alhamdulillah Gifted Sungguh anak-anak mommy.. So talented. ok hat ni jgn nk claim plak bakat ni bla2. blaa2.. lurvee.. ”

” Hebatnya Qaqa Arjuna ni. Sgt berbakat. Untung mummy.. tolong lukis Demon Slayer untuk uncle please.. ”

” Wah.. cantik lukisan Qaqa.. sangat berbakat.. anak soleh, anak yang ensem dan manis ni.. tahniah rita.. ”

” Power sangat ni.. Masyaallah Tabarakallah cantiknya lukisan Arjuna. Hebat kurniaan Allah ni. Mana tau satu hari nanti Arjuna ada rancangan animasi sendiri.. ”

” Adik arjuna bakat Seni melukis ini sis, wow hebat lukisan dia mmg menjadi real lukisan itu, mommy 1 bakat luar biasa ini, boleh jadi grafik design, arkitek, animation digital punya subjek ini.. ”

” Masya Allah. Very talented boy.. Semoga adik dapat produced komik sendiri nanti. Ini doa tulus dari acik yan tau. Aamiin.. ”

” Cantiknya lukisan dia.. berseni betul tangan qaqa ni.. Alhamdulillah hebat.. gifted dan kreatif sangat.. ”

” Dar4h seni macam ni lah.. cantik sangat lukisan.. berbakat besar qaqa ni, boleh terus digilap jadi pelukis komik terkenal nanti.. ”

Ramai yang kagum dengan kebolehan Qaqa melukis gambar komik sebegini, begitu asyik melihat jari jemari Qaqa melukis. Semoga Airit Qaqa Arjuna berjaya dalam pelajaran, menjadi anak yang soleh kepada mommy dan terus mengasah bakat melukis.

Sumber : IG Rita Rudaini

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post