"Minta halal segala susu mak, ini pggilan yg terakhir" Norman Hakim dedah ini pula berlaku.

 


Pelakon Norman Hakim mendedahkan dia pernah melalui fasa depresi yang teruk, sehingga terfikir untuk melakukan hal tidak terjangkau dek akal suatu ketika dahulu.

Menerusi program Healing With Zizan yang disiarkan baru-baru ini, Norman berkata, tekanan yang dilalui berpunca rentetan pandangan serong yang dilemparkan kepada dirinya saat isu rumah tangga bersama bekas isteri, penyanyi dan dramatis Abby Abadi menjadi buah mulut khalayak.

“Situasi ketika itu saya rasa dull, kosong. Pada hari yang saya hadapi tekanan itu, saya telefon mak dan arwah ayah saya pukul 4 pagi. Saya cakap mak ayah, minta maaf, halalkan makan minum, segala susu mak. This is gonna be my last call.

“Ketika itu saya buat tindakan tak masuk akal, batasan iman saya nipis, saya ambil Paracetamol 10 papan, saya hancurkan saya minum dengan air kemudian saya terus tutup mata,” katanya.

Menahan sebak, Norman menambah yang Allah masih sayangkan dirinya apabila dia terjaga beberapa jam kemudian.

“Pukul 9 pagi saya terjaga. Allah beri saya peluang kedua dalam kehidupan dan ia menjadi turning point kepada saya. Dua jam saya berdoa depan sejadah, saya mohon supaya Allah buatkan saya ambil iktibar dengan apa yang berlaku.

“Dari titik itu juga saya mula melaksanakan solat taubat. Kalaulah saya mati pada waktu itu, tidak cium bau syurga saya,” katanya lagi.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post