Saya Rasa Marissa Ikut Perangai Bapanya – Abby Abadi

 


TERGANTUNG sepi, pelakon Abby Abadi mendedahkan masih menanti bukti kesahihan perkahwinan anak perempuannya, Marissa Dania Hakim dengan Ahmad Aslam yang didakwa berlangsung di Thailand.

Tidak tahu hujung pangkal, Abby atau nama lengkapnya Arbaiyah Abdul Manan, 47, berkata dirinya tidak mempunyai menantu selagi status perkahwinan anak keduanya itu masih belum diketahui.

“Saya tak pernah letak diri saya ini sudah bermenantu ke belum, tak ada lagi menantu dalam kamus hidup saya.

@buletin.tikt0k Replying to @Meloda🎥🔥 Part 2. Credit : youtube GVV Studio #berandatiktok #berandafyp #bikinpanas #curang ♬ Pretty song that imaged a sleeping baby - Azuline

“Benda yang tak ada depan mata saya jadi buat apa nak beria-ria. Benda itu tak berlaku dalam pengetahuan saya.

Saya rasa Marissa ikut perangai bapanya, dahulu hubungan Norman dengan Memey pun di luar pengetahuan saya,” katanya menerusi audio siar yang dihoskan pelakon, Datin Rebecca Nur Al Islam.

Bukan tidak menerima qada dan qadar Tuhan, cuma pelakon yang sinonim dengan watak Inspektor Aleza itu masih tidak tahu menahu tentang isu yang diperkatakan ramai itu sama ada benar atau sebaliknya.

Begitupun, bekas anggota Elite itu terbuka menerima ketentuan Ilahi sekiranya perkahwinan anak perempuannya sah di sisi undang-undang.

“Benda pun tak dapat disahkan lagi sama ada pasti atau tidak. Bukan tak nak terima takdir atau kenyataan tapi benda belum jelas lagi.

“Sekiranya betul menikah sah mereka boleh lalui kehidupan sebaiknya. Kenapa tidak? Saya tidak pun kata tidak terima kenyataan tapi kalau sah, saya reda sebagai ibu.

“Apa pun yang dibuat selepas ini teruslah berpegang kepada Allah dan jangan lupa mak ayah,” luahnya panjang lebar.

Terdahulu, bekas isteri kepada pelakon Norman Hakim itu meluahkan, Marissa menghilangkan diri dan hanya bertemu pada majlis reviu berbuka puasa.

Februari lalu, media tempatan melaporkan Marissa dan Aslam bernikah di Songkhla, Thailand pada 27 Disember tahun lalu.

Pasangan itu didakwa melangsungkan pernikahan ketika isteri pertama Aslam iaitu Umisya Mazlan berada di Tanah Suci Mekah untuk mengerjakan umrah.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post