Tak sangka ini tindakan berani Ruhainies yg buat ramai takut tngok.

 


Penerbit dan pengarah terkenal, Shahrulezad Mohameddin meminta segelintir netizen menghentikan provokasi yang keterlaluan terhadap pelakon Ruhainies.

Perlu bercakap sesuatu

Menerusi sebuah posting di Instagram, Shahrulezad atau lebih mesra disapa sebagai Budak Ijat berkata, dia terpaksa bersuara apabila provokasi yang dilakukan oleh netizen terhadap Ruhainies semakin menjadi-jadi dan ia ke arah jenayah buli siber.

Saya rasa saya perlu bercakap sesuatu. Rasanya dah boleh report polis dah dengan provokasi macam ni yer. Ni dah masuk kategori cyberbully ni. Siapa kau nak menghasut orang suruh kecam orang lain sampai bunuh diri!

Walaupun abam tak suka dengan apa yang dah berlaku dan seboleh mungkin tak mahu masuk campur hal ehwal masalah orang lain yang tak ada kena mengena dengan aku! Tapi ini dah keterlaluan dan saya tak suka lihat ancaman seperti ini.

Ujar Budak Ijat lagi, perbuatan menghasut orang lain untuk membunuh diri merupakan perbuatan yang salah.

Jangan nak berlagak sangat nak jadi terpaling juara dalam menghasut orang suruh bunuh diri! Silap-silap kau yang meraung dalam lokap nanti pagi raya! Tolong jangan jadi sudu lebih dari kuah!

Terdahulu, nama Ruhainies menjadi tumpuan netizen berikutan dia ditangkap khalwat bersama aktor, Aliff Aziz di sebuah kediaman mewah di sekitar ibu kota.

Sumber: Budak Ijat

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post