[VIDEO] Sebab dia lelaki gentleman utk anak2 dan isterinya. Berani mengaku kesalahan dan x malu mengaku dia tgh susah

 


Ramai yang tidak menyangka dengan pendedahan suami kepada penyanyi, Adira Suhaimi yang dikenali sebagai Datuk Red, apabila dia menyatakan tidak mempunyai pekerjaan sejak diisytiharkan muflis pada 2019.

Kisahnya yang sedang berusaha mencari pekerjaan demi mencari rezeki untuk anak-anak dan membayar hutang meraih respon positif orang ramai.

Sejak kisahnya tular, Datuk Red menerima banyak tawaran kerja dari pempengaruh dan usahawan yang mahu melihat beliau bangkit semula.

Menerusi sesi live di TikTok baru-baru ini, Datuk Red mendapat banyak gift daripada orang ramai sehingga membuatkan beliau hilang kata-kata.

@afiqbinbin Rezeki tanpa diduga malam ni..sultan2 tiktok masuk memeriahkan live..bangkit balik @abg red ..semoga dipermudahkan segala urusan..#datukred #datored #fyp #fypシ #sultantiktok #adirasuhaimi #fypシ゚viral #fyppppppppppppppppppppppp ♬ original sound - AKI Seruling

Dalam video yang dikongsikan semula oleh pengikutnya, Datuk Red berulang kali mengatakan dia membuat live bukan untuk meminta sedekah apabila melihat begitu ramai yang memberi gift.

“Saya tak minta sedekah di sini tuan-tuan. Ini bukan drama saya, bukan kehendak saya nak buat macam ni (live), Allahuakhbar,” katanya.

Dalam pada itu, Datuk Red sempat meluahkan isi hati kepada anak-anaknya jika melihat live TikToknya.

“Papa bukan seorang yang berjaya. Tengoklah kalau tuhan nak bagi, tak ada lambat sesaat, tak ada cepat sesaat,” katanya dalam nada sebak.

Datuk Red juga meluahkan banyak menerima surat pajak susulan masalah hutang yang sedang melanda dirinya.

Terdahulu, Datuk Red memaklumkan dia sedang menanggung hutang sebanyak RM5 juta dan terpaksa menumpang belas ihsan isterinya untuk perbelanjaan diri serta anak-anak.

Sumber: TikTok

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post