Yatim Piatu Sekelip Mata, Luahan Anak Sulung Masa Kemalangan Sebak



 “Tunggu Attar sampai ke syurga, abah jangan tinggalkan Attar”, demikian luahan satu-satunya mangsa kemalangan yang terselamat, sementara empat ahli keluarganya yang lain terkorban.

Lapor Sinar Harian, kemalangan itu berlaku di Kilometer 76.5 Jalan Kota Bharu-Gua Musang dekat Kampung Pahi, Kuala Krai, Kelantan pada Sabtu.

“Dah tak boleh peluk, tunggu Attar dekat syurga tau”





Tonton video penuh di Facebook Mat Jenazah

Anak sulung, Attar Azim Syukran Jamil sambil ditemani sanak saudara memberi kucupan terakhir buat jenazah ahli keluarga.

Dengan nada sebak, Attar meminta arwah bapa, Syukran Jamil Ab Hamid menunggunya di syurga dan dia berjanji akan belajar rajin-rajin.

Attar juga berterima kasih di atas semua pengorbanan bapanya dan dia sangat menyayangi seluruh ahli keluarga.





Jenazah Syukran Jamil Ab Hamid dan isteri, Noor Aishah Razali serta dua anak iaitu Ahya Rafiqi dan Lufya Adeena selamat dikebumikan dalam satu liang lahad sekitar jam 11 malam pada Ahad di Tanah Perkuburan Islam Felda Trolak Utara dekat Sungkai, Perak.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post