Pelakon, Jaafar Onn dilaporkan meninggal dunia pagi ini. Salam takziah buat ahli keluarga Allahyarham.

 MENJELANG sambutan Aidilfitri tidak lama lagi, dunia hiburan dikejutkan dengan berita pemergian artis versetil Jaafar Onn pada pagi Rabu.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultan Idris Shah Serdang (Hospital Serdang) pada usia 73 tahun.

Berita pemergian aktor itu disahkan penyanyi yang juga rakan baik Jaafar iaitu Haiza Hanafi yang mendapat perkhabaran itu daripada anak angkat Allahyarham iaitu Hanif.

Semoga papa Jaafar Onn cepat sembuh - Hanif

"Betul, Jaafar Onn sudah meninggal dunia.

"Saya dapat tahu daripada anak angkat arwah yang menjaganya di Hospital Serdang.

"Saya dimaklumkan mengenai perkara itu sekitar pukul 11 pagi tadi, sekarang dalam perjalanan ke sana," katanya ketika dihubungi.

[BERITA SELANJUTNYA MENYUSUL]

Pelakon, pelawak dan pengacara veteran, Jaafar Onn, 73, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultan Idris Shah Serdang, di sini, kira-kira jam 11.30 pagi tadi.

Berita pemergian Jaafar atau nama sebenarnya, Jaafar Onn Awang disahkan oleh anak angkatnya, Mohamad Hanif Hashim.

Hanif berkata, urusan proses pengurusan jenazah dan pengebumian masih dalam perbincangan bersama keluarga arwah.

Sebelum itu, Hanif memberitahu, Jaafar ditahan di wad Hospital Sultan Idris Shah Serdang sejak kelmarin akibat berlaku pendarahan semasa membuang air besar.

Hanif berkata, doktor sedang berusaha memberikan bantuan pernafasan selepas kritikal dan jantungnya terhenti, pagi tadi.

Sebelum ini, Jaafar mengakui mengalami masalah injap jantung yang mengakibatkan kakinya membengkak sehingga perlu menggunakan kerusi roda sejak enam bulan lalu.

Berikutan itu, Jaafar berkata, dia perlu menjalani beberapa prosedur rawatan di hospital untuk mengetahui lebih lanjut mengenai keadaan kesihatannya yang merosot, sejak tahun lalu.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post