"Penyatuan dua keluarga" Perkahwinan direstui, ini komen Redza Syah, suami Irma Hasmie

 


Semalam ramai yang dah tahu bahawa Redza Syah Azmeer iaitu suami kepada pelakon dan pengacara Irma Hasmie telah pun berkahwin lain.

Mulanya pihak media mengetahui hal ini setelah tersebar jemputan perkahwinan Redza dengan seorang wanita bernama Nur Hafiza.

Jemputan perkahwinan berkenaan menulis bahawa tarikh majlis ialah pada 20 April yang lalu, iaitu pada 11 Syawal.

Majlis berlangsung di Garden Glassbox di I City.

Kemudian semalam, Redza sendiri akhirnya telah mengesahkan hal ini.

Redza telah muatnaik beberapa foto di majlis perkahwinannya itu bersama Nur Hafiza.

Mereka berdua dilihat sedondon mengenakan busana pengantin berwarna cream di atas pelamin.

Melalui caption, Redza menyatakan ini merupakan perjalanan baru buat dirinya.

Dirinya kini akan lebih fokus kepada keluarga, karier dan juga masa depannya.

“Bismillah, satu perjalanan yang baru telah pun bermula. Tumpuan utama ialah kepada family, career dan juga future together.” 

“Semoga Tuhan akan membalas semua kebaikkan di atas segala doa dan akan makbulkan semua doa yang baik.” 

Redza juga berdoa agar dapat temui kebahagiaan yang mahu dicarinya.

“Semoga akan dipertemukan kebahagiaan yang dicari, amin.” 

Redza juga meletakkan tanda emoji memakai topi dan dua tapak tangan yang sedang menadah doa.

Hubungan ini turut mendapat restu dari kedua dua keluarga pengantin baru.

“Penyatuan dua buah keluarga. Hubungan ini direstui” Tulisnya lagi.

Ini beberapa gambar majlis perkahwinan di antara Redza Syah Azmeer dengan pasangan barunya, Siti Hafiza.

Sehingga kini, belum ada sebarang kenyataan dari Redza mahu pun Irma Hasmie tentang status perkahwinan di antara mereka berdua.

Namun apa yang pasti, pasangan ini dah lama tak dilihat bersama malah di laman Instagram juga tidak lagi muatnaik foto bersama.

Kedua dua mereka juga sudah tidak lagi mengikuti antara satu sama lain di media sosial.

Untuk info, Irma Hasmie, 42 tahun, mendirikan rumah tangga dengan Redza Syah, yang merupakan deputy vice president untuk sebuah syarikat telekomunikasi, pada tahun 2012 dan mereka mempunyai dua orang cahaya mata.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post