Ramai yang puji Abby Abadi sebab vldeo ni

 


“Macam mana nak ada hati baik macam Abby Abadi?”

Antara soalan yang ditulis netizen di media sosial apabila melihat perkongsian selebriti, Abby Abadi yang bersama-sama berkumpul dengan ahli keluarga termasuklah anaknya, Marissa Dania walaupun sebelum ini mereka dilanda kontroversi.

Masing2 nampak bahagia

Dapat dilihat keluarganya dan keluarga bekas suami, Norman Hakim gembira melakukan aktiviti bersama-sama sambil menikmati juadah hari raya dalam sambutan lebaran keluarga mereka.

Sudah pasti perkongsian video bersama Memey Suhaiza dan anak-anak mereka menarik perhatian ramai memadangkan hubungan mereka tetap baik walaupun sebelum ini sedikit terganggu dengan hal-hal yang heboh diperkatakan.

“Macam mana nak ada hati baik macam Abby Abadi? –Tanya netizen

Keakraban dan kelembutan hati Abby dalam menghadapi pelbagai dugaan telah membuatkan netizen kagum dan bertanya bagaimana caranya untuk mendapatkan hati sebaik selebriti tersebut.

Mereka juga berdoa supaya suatu hari nanti mendapat hati yang sabar seperti pemilik nama sebenar,  Arbaiyah Abdul Manan itu kerana begitu cekal menghadapi pelbagai dugaan dalam kehidupan.

“Macam mana nak ada hati baik macam Abby Abadi?” –Ramai doa dapat sesabar Abby

Salute dengan Abby Abadi sebab terlalu positif

Sedar tak sedar, cara Abby ni satu dakwah

Abby percaya esok pasti lebih baik dari hari ini

Menjengah ke hantaran yang dibuat Abby Abadi, dia menyatakan rasa percaya bahawa hari esok akan lebih baik daripada hari ini.

Dia juga berharap supaya ukhwah yang terjalin akan kekal sampai bila-bila serta mendoakan yang terbaik buat semua termasuklah anak-anaknya.

Terdahulu, isu anak keduanya, Marissa Dania yang dikatakan menjadi isteri kedua lelaki dikenali sebagai Ahmad Aslam telah menjadi perbualan ramai sejak penghujung tahun lalu.

Nama Abby Abadi dan Norman Hakim turut terseret sama sehingga ada ketika mereka seakan berbalah di ruangan komen Instagram susulan beberapa perkongsian yang menyetuh hal kontroversi itu.

Namun begitu, melihat daripada perkongsian di hari raya tempoh hari, masing-masing seakan sudah berdamai dan Marissa Dania juga telah kembali kepada keluarga apabila turut datang bersama suaminya, Aslam.

Sumber: Instagram mamayebbyyabadi

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post