Allahu, Budak berusia 6 tahun itu tersembam beberapa kali & tak mampu kejar speed, tapi bapa tetap tambah speed treadmill & paksa berlari



 Beranggapan anak lelakinya memiliki tubuh yang terlampau ‘berisi’, seorang bapa di New Jersey, Amerika Syarikat tergamak memaksa kanak-kanak berusia 6 tahun itu bersenam di atas mesin treadmill tanpa belas kasihan. Sejak semalam, bukti rakaman CCTV kejadian yang dipaparkan dalam perbicaraan di mahkamah juga telah tular di media sosial.

Berkali-kali paksa anak bersenam atas mesin treamill laju

Video bertarikh 20 Mac 2021 tersebut menyaksikan bagaimana Corey Micciolo, 6, gagal mengejar kelajuan mesin senaman hingga tersembam ke lantai serta permukaan treadmill, tetapi terpaksa merangkak naik atas paksaan si ayah. Tanpa menghiraukan keletihan budak sekecil itu, Christopher Gregor, 31, turut mengangkat Corey untuk teruskan larian menggunakan tahap kelajuan yang sama.

Corey akhirnya dedahkan bapa suruh bersenam dengan alasan badan terlalu ‘berisi’

Sehari selepas kejadian itu, bekas isterinya, Breanna Micciolo telah melaporkan kecederaan yang dialami oleh Corey terhadap pihak berautoriti . Pada 1 April, wanita ini menyedari kesan lebam pada badan Corey dan terus membawanya berjumpa pakar kesihatan. Di sinilah Corey mendedahkan dirinya dipaksa bersenam dengan alasan terlalu ‘berisi’. Walau bagaimanapun pada malam 2 April, Breanna kembali memulangkan Corey kepada Gregor.

Gregor berdepan hukuman penjara seumur hidup

Menjelang pagi 2 April 2021, Corey tiba-tiba rebah, menunjukkan simptoms hampir muntah dan sesak nafas. Lalu, Christopher Gregor bergegas membawa kanak-kanak itu mendapatkan rawatan lanjut. Walaupun pihak medik sudah cuba melakukan yang terbaik, malangnya Corey gagal diselamatkan dan disahkan pergi selamanya. Hasil autopsi mendapati, mendiang Corey telah mengalami kecederaan pada bahagian dada, lebam membabitkan jantung, paru-paru kiri dan hati, keradangan serta sepsis.

KREDIT : Portal Dailymail UK & Aplikasi X Collin Rug

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post