Bayangkan kalau masa tu ada mak2 yang kebetulan tengah malas nak ke pasar. Buka plastik je ada daging.



 “Beli daging Yanti, beli daging Yanti”. Seorang lelaki telah mengelilingi kawasan kampung menjaja daging kambing yang sudah diletakkan dalam besen dan bungkusan karung. Tiada siapa menduga, rupanya daging yang cuba dijual kepada jiran merupakan anggota badan isterinya yang sudah ‘terpisah’ kepada beberapa bahagian.

Kejadian berlaku awal pagi semalam

Kejadian menyayat hati ini dilaporkan berlaku pada Jumaat semalam jam 7.30 pagi di mana rakaman ketika Tarsum, 41, cuba menjual daging tersebut juga turut tular di media sosial. Apabila diperhatikan secara dekat, jirannya cukup takut setelah mengetahui perkara sebenar.

 

 

Tarsum didakwa mengalami masalah tekanan jiwa (depresi)

Jelas Tok Penghulu desa berkenaan, Tarsum yang didakwa menghidap depresi sempat cuba menamatkan hayat diri pada awal minggu ini dengan cara ‘menghentam’ kepala ke dinding rumah. Walhal sebelumnya, dia bercadang mahu merantau kerja di kota lain dan sudah menitipkan 2 orang anaknya ke bawah jagaan jiran mereka.

Motif masih dalam siasatan…Yanti sudah dibawa untuk proses autopsi

Hingga kini, motif Tarsum menganiaya Yanti, 40, masih belum dapat dirungkai. Namun sepanjang pengetahuan penduduk, Tarsum dan Yanti tidak mengalami sebarang masalah rumah tangga. Bahkan, Tarsum yang menyara kehidupan sebagai penjual daging kambing masih keluar berdagang seperti biasa pada Khamis. Sebelum pergi buat selamanya di tangan suami sendiri, saksi akui terdengar jeritan sayup Yanti untuk kali terakhir.

“Kerja harian dia adalah jual kambing. Nak dikatakan bankrap, tidak juga kerana masih berjualan. Kelmarin (Khamis) masih keluar menjaja”

Kejadian berlaku di Desa Cisontrol, Jawa Barat, Indonesia

KREDIT : Portal Detik Jogja

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post