hurmm- “Saya tidak pernah mendengar Azan di Malaysia dan Singapura”- Wanita Indonesia

 


Seorang wanita warganegara Indonesia mendakwa jarang menemui masjid dan tidak pernah mendengar laungan azan sepanjang dia berada di Malaysia, baru-baru ini.

Tak pernah dengar azan?

Wanita yang menggunakan nama @pinotdiah di TikTok itu berkata dia ada pergi ke beberapa buah lokasi sekitar Terengganu, Kuala Lumpur dan Johor, namun mendakwa tidak pernah mendengar seruan Ilahi.

Waktu saya di Johor, penduduk majoriti di sebuah kawasan itu adalah bangsa Cina dan saya tidak pernah mendengar azan sedangkan kawasan berkenaan sebuah kawan yang elit dan mewah.

Saya juga tidak menemukan masjid. Bagaimana saya mahu mendengar azan sedangkan masjid pun tidak saya lihat.

Saya pernah ke KL dan Terengganu. Di Terengganu banyak kawasan sawit dan di sana juga saya tidak menemui masjid. Malah ketika di KL saya pergi ke Menara Petronas, adalah satu masjid besar. Tapi tetap saya tidak mendengar laungan azan.

Dan ketika saya mahu ke lapangan terbang Senai di Johor, ada nampak masjid di tepi jalan raya. Tetapi saya langsung tidak mendengar azan.

Susulan itu, wanita berkenaan menerusi video terbaharu tampil memohon maaf kepada rakyat Malaysia selepas teruk dikecam.

Saya secara peribadi memohon maaf kepada warga Malaysia yang tersakiti dan tersinggung dengan video saya sebelum ini berkaitan azan. Saya hanya manusia biasa yang tidak pernah lari daripada berbuat kesalahan.

Video yang viral sebelum ini telah memberikan kesan buruk buat saya. Saya hanya rindu mendengar azan secara langsung, tetapi video saya telah disalah erti dan dicemuh masyarakat.

Pada masa akan datang, saya akan lebih berhati-hati memuat naik sebarang konten dalam media sosial.

Video

@ohbulanofficial Seorang wanita warganegara Indonesia mendakwa jarang menemui masjid dan tidak pernah mendengar laungan azan sepanjang dia berada di Malaysia 🤔 #ohbulan #sembangentertainment #wanita #indonesia #tak #dengar #azan #di #malaysia ♬ original sound - OHBULAN!

Sumber: TikTok

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post