Ini reaksi penyanyi Hafiz Suip bila netizen komen dia dah cerai sbb abaikan isteri



 Penyanyi Hafiz Suip jawab dakwaan berpisah dengan isterinya, Nureffy Jesreel Abdullah yang disebabkan selebriti tersebut mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang suami.

Menurut laporan Xtra, penyanyi yang berusia 34 tahun itu terhibur selepas membaca komen individu terbabit yang melemparkan dakwaan tanpa mempunyai bukti yang kukuh.

Hafiz Suip jawab dakwaan berpisah

“Saya adalah terbaca ada satu komen akak ni dia kata ‘dia bercerai sebab laki dia abaikan dia’…saya rasa kelakar s*al komen tu.
“Kau nak cerita apa sebenarnya kak? Kau nak cerita aib kau, tak payah la orang tak nak tahu. Sibuk nak jadi cikgu nak ajar orang.” katanya.

Memandangkan individu tersebut tidak mengenalinya secara peribadi, pelantun lagu Kisah Cinta itu menitipkan nasihat supaya jangan masuk campur hal berkaitan rumah tangganya.

Hafiz Suip jawab dakwaan berpisah

“Korang tak kenal aku, jangan sembang macam kenal aku sangat. Sorry to say lah eh. Ini live aku, suka hati aku nak cakap apa. Korang tak suka, jangan follow aku,” ujarnya lagi.

Terdahulu, Hafiz menjadi bualan hangat ramai apabila dia meluahkan rasa rindu terhadap dua anak lelakinya.

Mana tidaknya, tanda pagar #janganmainapi yang disertakan Hafiz dalam perkongsian tersebut telah cetus tanda tanya status perkahwinannya.

Sumber: Xtra (Aqilah Paharuzi)

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post