Irma Hasmie berjaya dihubungi dan ditanya tentang perkahwinan suaminya dengan isteri baru

 


Perkahwinan di antara Redza Syah Azmeer dan juga wanita bernama Fiza pada bulan Syawal baru-baru ini, membuatkan ramai yang tertanya tentang status perkahwinan dengan Irma Hasmie. 

Adakah mereka sudah berpisah atau pun masih lagi bersama? 

Persoalan ini banyak bermain di minda para peminat Irma Hasmie. 

Melalui laporan Metro, akhirnya Irma Hasmie berjaya dihubungi pihak media. 

Namun begitu, Irma tetap dengan pendiriannya untuk tidak terlalu berbicara tentang kisah peribadinya. 

Setelah foto suaminya di atas pelamin bersama isteri baru diketahui ramai, irma hanya meminta orang ramai untuk mendoakan dirinya dan juga anak-anak. 

“Saya memohon agar semua dapat mendoakan supaya Allah mempermudahkan segala urusan saya dan juga anak-anak dan Allah akan menjaga dengan kerahmatan Nya.”  

“Doakan juga semoga Allah akan memberi ketenangan dan memperbanyakkan rasa syukur kami. Apa yang yang penting Allah menjaga hati dan fikiran kami.” 

Irma Hasmie juga tak mahu menjawab tentang status perkahwinannya dengan Redza Syah.  

KOMEN PADA BULAN FEBRUARI YANG LALU 

Kisah Irma Hasmie ini bermula pada tahun 2023 apabila mereka dilihat tidak lagi bergambar bersama di laman media sosial. 

Pada bulan dua tahun ini, Irma juga ada muatnaik satu luahan hati tentang pengorbanan seorang isteri. 

Ketika itu, apabila ditanya media, Irma juga tak mahu memberi jawapan lanjut. 

“Saya nak minta maaf kerana jikalau boleh tak mahu komen langsung tentang hal itu.” 

“Saya memilih untuk tak terlalu bercerita mengenai hal peribadi. Saya pinta kemaafan.”  

Irma meminta semua pihak agar tak membuat andaian dari semua hantarannya.  

“Kita mudah nak menilai, oleh itu saya harap apa saja hantaran yang dibuat jangan kaitkan dengan apa sahaja perkara peribadi.” 

“Sebabnya saya pun tak sebutkan secara terus terang. Mungkin hantaran yang dibuat itu saya cakap tentang hal yang lain.” 

“Saya hanya kongsi saja dan janganlah menilai apa-apa. Saya baik sahaja sekarang ni.”  

Untuk pengetahuan, Irma Hasmie dan Redza Syah Azmeer mendirikan rumah tangga pada tahun 2012 dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua orang anak. 

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post