"Jangan panggil Timoh, panggil Fatimah". Sapa ingat lagi video comel dia dulu? Fatimah stay strong ya, moga Allah berikan kesembuhan.



“Jangan panggil Timoh, panggil Fatimah. Kalau panggil Timoh, panggil Fatimah semula”. Beberapa tahun dahulu, kanak-kanak bernama Fatimah dan adik beradiknya yang lain iaitu Ali dan Omar Mukhtar pernah mencuri perhatian ramai kerana fasih bertutur dengan dialek Kelantan meskipun mereka sekeluarga tinggal di Birmigham, United Kingdom. Sekian lama tidak mendengar khabar, rupanya Fatimah kini sedang bergelut dengan masalah kesihatan.

Saya menjadi saksi kekuatan Fatimah dari hari pertama sehingga sekarang – Ibu

Hasil tinjauan ke Instagram @Thefamilyuk mendapati, sejak bulan Ramadan lagi tahap kesihatan Fatimah dikatakan sudah mulai merosot. Kebanyakan gambar yang dimuat naik memperlihatkan kanak-kanak itu menghabiskan masanya di atas katil pusat rawatan. Selaku ibu, Nor Ashila Mahamed Ismail juga cukup hiba menyaksikan perjuangan dan semangat anaknya melawan konflik kesihatan yang sedang dialami.

 

 

 

Assalammualaikum Malaysia, please make doa for Fatimah

Terbaru, Neelofa yang merupakan saudara terdekat kepada keluarga itu juga telah memuat naik hantaran meminta agar rakyat Malaysia mendoakan kesembuhan kanak-kanak berusia 10 tahun itu. Tulis Neelofa dalam posting ringkas berkenaan, situasi kesihatan Fatimah ketika ini agak tidak baik.

 

Semoga Fatimah sihat seperti sediakala – Netizen

Dari awal lagi, pihak keluarga tidak pernah mendedahkan secara terperinci apakah masalah kesihatan yang sedang ditanggung oleh Fatimah. Namun rata-rata pengikut mereka menghormati privasi tersebut dan terus menitipkan doa yang baik-baik buat Fatimah.

KREDIT : IG Neelofa & The Family UK


Post a Comment (0)
Previous Post Next Post