"Jangan rasa terpaling Islam ketika memb0ikot..” - Pencetus Ummah.



 Dah lama rasanya kita tak dengar nasihat atau teguran daripada Pencetus Ummah (PU) Azman tapi nampaknya isu boikot ni membuatkan dia terpanggil untuk memberikan peringatan.

Isu boikot ketika ini semakin tidak terkawal di mana sesiapa sahaja yang tersilap langkah ketika mengeluarkan kenyataan pasti akan di boikot. Disebabkan itu, PU Azman berpendapat boikot perlu dilakukan secara berhemah dan tidak menyakiti hati orang lain.

Jangan buat baik tapi lidah juga laju membuat jahat…

Jangan rasa terpaling Islam ketika memboikot, sehingga menafikan perjuangan orang lain.

Di akhirat nanti, ada manusia yang membawa pahala yang banyak tapi akhirnya hilang begitu sahaja kerana sambil buat baik (salah satunya memboikot) lisan juga menyakiti hati orang lain.

Lidah laju menyakiti, menuduh dan menilai orang lain menyokong Israel tanpa memahami situasi sebenar.

PU Azman berkongsi perkara itu di Instagram Story selepas melihat kempen #blockout2024 semakin rancak ketika ini.

Kredit: Instagram

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post