Jasad Manusia ‘Mengembang’ Dalam Tangki Air, Penduduk Perasan Lepas 3 Hari – ” Nak Ambil Wuduk Air Busuk & Berbuih”



 Warga Pondok Aren, Tengerang Selatan, Indonesia dikejutkan dengan penemuan tubuh seorang lelaki bertatu yang sudah ‘mengembang’ dalam tangki air sebuah rumah salah seorang penduduk pada semalam. Awalnya, kecurigaan bermula apabila penghuni rumah terbabit mula menghidu bau pelik ketika menggunakan bekalan air bagi tujuan harian seperti mandi dan juga mengambil wuduk.

Isteri sempat mengadu air bau busuk, keruh & berbuih

Menurut lelaki bernama Trisno, 2 hari lalu isterinya sempat mengadu tentang keadaan air di rumah mereka yang terlihat keruh dan sudah berbuih. Malahan, bau busuk berkenaan bertambah menyengat pada siang Isnin semalam. Namun, Trisno yang belum melakukan sebarang pemeriksaan hanya beranggapan mungkin ada bangkai tikus dalam tangki air tersebut.

Lepas buka penutup tangki, rupanya ada’tubuh lelaki sudah ‘kembang’

Akhirnya sekitar jam 5.30 petang, Trisno nekad membuka tangki air itu untuk memeriksa punca bau busuk. Setelah 3 kali pusingan dan penutup berjaya dibuka, dia terlihat sesuatu objek yang bersaiz seperti bantal lalu memanggil mentuanya (saksi kedua) untuk memeriksa sekali lagi. Alangkah terkejut, benarlah ia merupakan tubuh lelaki yang ditemui dalam keadaan membengkak.

Operasi mengambil masa selama 3-4 jam

Mereka segera melaporkannya kepada Ketua Kampung sebelum polis datang ke sana untuk kerja-kerja mengeluarkan tubuh yang sudah membusuk itu. Operasi berkenaan berlangung hampir 4 jam ekoran kawasan tangki terletak di lorong yang agak sempit. Hingga saat ini, identiti sebenar lelaki bertatu terbabit masih belum dapat dikenalpasti.

KREDIT : Portal Harian MassaDetik News & X Cingrebon

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post