'Klu x suka, jgn tunjuk sgt'. Ini kata2 umisya



 “Siapa Marissa? Kita tak kenal.”

Demikian jawapan yang diberikan oleh Umisya Mazlan yang juga madu kepada anak selebriti, Norman Hakim dan Abby Abadi iaitu Marissa Danial Hakim apabila disoal mengenai wanita tersebut.

VIDEO:

@abg.tesla Betul ke @aslam ?? #abgtesla ♬ original sound - ABG.TESLA

Abang Tesla cakap tentang Marissa


Menerusi perkongsian video yang dimuatnaik oleh pempengaruh, Abang Tesla dia telah mengajukan soalan kepada Umisya tentang siapakah Marissa setelah melihat namanya di ruangan carian TikToknya.

“Umisya tadi aku ada tengok dekat ruangan search aku, dia keluar Marissa *****,” kata Abang Tesla.

Susulan itu, wanita anak dua itu hanya menjawab bahawa dia tidak mengenali individu yang dimaksudkan oleh Abang Tesla.

Aslam backup Marissa

Bagaimanapun, Aslam iaitu suami kepada Marissa tampil menpertahankan isteri keduanya itu apabila diajukan soalan yang sama.

“Ini jangan buat content bang, jangan macam tu, doa yang baik-baik jauhi yang buruk-buruk,” ujarnya.

Terdahulu, nama Marissa sehingga hari ini menjadi bualan ramai disebabkan kahwin dengan Ahmad Aslam tanpa pengetahuan keluarga di Songkhla, Thailand pada 27 Disember tahun lalu.

Bukan sahaja keluarga, pernikahan mereka berlangsung ketika Misya sedang menunaikan umrah.

Namun kemelut itu berakhir selepas Aslam tampil bertemu dengan keluarga mentuanya awal Aidilfitri lalu bahkan Abby juga sudah reda menerima ketentuan takdir.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post